Tuesday, August 23, 2011

Walaupun pahit terpaksa ku telan jua

Kenangan di tahun 90an. Review mengenai album/lagu lama2.

Kumpulan Uks

Kumpulan yang album paling laris di awal tahun 90 an. Nama kumpulan ini asalnya adalah Ukays , tapi penulis tidak pasti nama yang mana satu samada Ukays atau Uks yang lebih awal diguna. Setelah buat kajian ringkas di internet, “depa” mula dengan nama Ukays, kemudian baru Uks. Vocalist Uks , Amir, pernah mengangotai kumpulan analisa sekitar tahun 1990-91, lagu lakaran cinta suci menampilkan suara Amir yang belum matang tapi sedap dan bertenaga.

Setahu penulis (kurang membuat penyelidikan) yang hanya berdasarkan ingatan, sekitar tahun 1994, Uks meletup dengan album kedua bertajuk Bisa Berbisa komposer yang terlibat adalah Shaari Amri, Shaari Amri boleh digelar the ‘Unsung hero’ komposer kerana berjaya muncul sebagai komposer muda di awal 90 an yang berjaya bersaing dengan nama-nama besar, seperti Fauzi Marzuki, Manan Ngah, M Nasir, Adnan Abu Hassan, Rahim Othman. Antara artis yang berjaya menempa nama dengan Beliau, adalah Ziana Zain, Shima, Slam, Umbrella, Wings, Exist dan banyak lagi kumpulan muzik yang penulis sudah lupa. Penulis harap pembaca budiman tidak keliru dengan populariti kumpulan yang bermula dengan huruf S, seperti Scoin, Sup, Screen , Spoon atau Spin kerana komposer yang tidak kurang hebat iatu Eddie hamid adalah pencipta kebanyakan lagu kumpulan ‘S’ ini. Walaupun penulis kurang menggemari konsep kumpulan “S” ini, tetapi penulis menghormati perjuangan seni mereka dan seni bagi saya adalah universal, sama seperti makanan, ada yang kita suka, sedap dan sebaliknya. Jadi bak kata seniman Mahmud June dalam filem masam masam manis kita hendaklah menghormati hasil seni orang lain.

Berbalik kepada Uks. Album Uks yang paling berjaya bagi penulis adalah album Bisa berbisa yang mencatat jualan lebih 300,000 ribu kaset (pada masa tu belum ada CD). Rekod jualan adalah setaraf dengan gergasi rock wings dan search. Hanya album puji-pujian oleh kumpulan Nasyid Raihan yang telah melenyapkan rekod kumpulan ini. Boleh dikatakan kesemua 10 lagu yang termuat dalam album bisa berbisa sedap didengar dan manjadi siulan ramai pada ketika itu. Penulis sendiri telah membeli 3 buah album ini dalam bentuk kaset dan 3 buah album berbentuk CD, sebab kebanyakannya hilang dipinjam dan saya ada juga menghadiahkan kepada seorang kawan sempena pernikahannya. itulah penangan album bisa berbisa. Selepas era Search dan Wings, kumpulan Uks membawa kelainan dari segi susunan muzik, lirik dan melodi. Uks menjadi pujaan remaja era 90 an. Tak salah penulis Uks juga meletup di Indonesia seperti kumpulan Search dengan album fenomena tapi penulis tidak jumpa artikel berkaitan dalam internet. Diantara album-album Uks adalah:

1. Kembali Mencari (tidak pasti tajuk album yang sebenar)

2. Bisa Berbisa

3. Tajam Menikam

4. Panas Berpanjangan

5. Cuma aku yang Hidup

6. Pijar kasmaran

7. Album Akustik Bisa Berbisa

Uks juga menghasilkan album kompilasi pada tahun 94-95 yang menampilkan duet di antara Amir Uks dan Shaari Amri.

Diulang, penulis sendiri pernah membeli tiga kaset original (2 album Bisa Berbisa dan 1 album panas berpanjangan), penulis juga mempunyai kesemua album dalam bentuk CD kecuali album Cuma aku Yang hidup sahaja yang dalam bentuk kaset. Hanya album pertama sahaja yang penulis tidak berpeluang untuk memiliki samada dalam bentuk CD atau kaset kerana sukar didapati di kedai muzik.

Tidak dinafikan penulis memang peminat tegar kumpulan Uks, tapi sebagai peminat lelaki kami tidak menilai rupa paras penyanyi atau pemuzik tetapi lebih menghargai bakat kurnian ilahi, kalau rupa cantik itu juga bonus dari tuhan. Memang lagu-lagu dalam album Bisa Berbisa, Tajam Menikam, Panas Berpanjangan sedap didengar dan kebanyakan digubah oleh Shaari Amri di kemuncak karier beliau sebagai komposer. Selain beliau, penulis lirik lagenda Habsah Hassan juga menyumbangkan lirik-lirik beliau yang puitis dan matang sesuai dengan melodi mantap dan suara Amir UKS yang unik. Bagi penulis suara Amir Uks berada di kelas yang tersendiri seperti penyanyi terkenal lain pada zaman itu. Antara penyanyi yang seangkatan dengan Amir yang penulis kagumi adalah Zamani (Slam).

Penulis yang dibesarkan dengan irama rock kapak (penghujung 80 an) berpendapat susunan muzik dalam album-album awal Uks (album kedua hingga ketiga) amat segar dan iramanya masih releven dengan muzik di alaf baru. Formula kejayaan Uks adalah kombinasi Shaari Amri, Habsah Hassan dan muzik yang di susun segar. Bagi pendapat penulis juga album Panas Berpanjangan adalah album terakhir yang sedap didengar. Sayangnya selepas album ini berlaku perpecahan dalam kumpulan Uks dan bagi peminat tegar Uks album Cuma Aku Yang Hidup adalah agak anti-klimaks kerana kualiti muzik dan melodinya agak kurang sedikit jika dibandingkan dengan album terdahulu, tapi masih mengekalkan Shaari Amri sebagai komposer. Walaupun bagi penulis yang kurang cerewet dari susunan muzik, melodi dan lirik nya amat tipikal sekali bagi kumpulan yang popular dalam tahun 90an.

Selepas berakahirnya era kegemilangan Shaari Amri, kumpulan Uks juga mengalami nasib yang sama. Mereka cuba bangkit dengan album Pijar Kasmaran dalam tahun 2000-2001 yang cuba menjanjikan kelainan tapi zaman mereka dah berlalu dan nama Uks semakin tenggelam. Mujur penyanyinya iatu Amir amat berbakat dan dapat meneruskan karier sebagai penyanyi solo.

Kini memori kegemilangan Ukays atau Uks tinggal kenangan manis bagi mereka yang membesar dan remaja di tahun 90 an. Lagu-lagu mereka sekarang masih kerap dimainkan di corong-corong radio, dan kita boleh merasakan kekuatan setiap lagu mereka jika dibandingkan dengan lagu-lagu baru selepas zaman mereka. Boleh dikatakan kebanyakan stesen radio masih lagi memainkan lagu2 mereka dan masih lagi berpeluang menjuarai carta Fullamak sinar FM (radio yang terkenal dengan lagu-lagu retro)

Yang masih penulis terkilan sehingga kini, kumpulan Uks gagal di pertandingan Juara Lagu anjuran TV3 waktu itu tahun 1994, mereka langsung tidak sampai keperingkat akhir. Kalau tidak kumpulan Uks akan meninggalkan legasi istimewa kepada peminat muzik tempatan hingga kini. Dan tidak salah kalau penulis katakan kegemilangan Uks adalah berkadar langsung dengan kehebatan Shaari Amri sebagai komposer pada zaman itu.

Penulis masih ingat ketika bersiar-siar di Komplek membeli Belah Kota Raya (berhampiran Pudu Raya) sekitar tahun 1994, setiap kedai kaset di situ akan memutarkan lagu Kau satu-satunya atau lagu disana menanti di sini menunggu. Sampai sekarang penulis akan cuba membawa lagu-lagu dari uks setiap kali nak berkaroke, walaupun diakui kebanyakan lagu-lagunya bernada tinggi.

No comments:

Post a Comment