Wednesday, June 2, 2010

world cup memoirs

Tulisan hasil karya Tn.Haji Shaifuddin (pensyarah ekonomi Kolej Matrikulasi Kedah Changlon)

Saya tolong paste kan jer email yang dia hantar kepada saya untuk dikongsi bersama...

KENANGAN WORLD CUP
Kenangan World Cup ini hanyalah untuk tatapan generasi muda khususnya mereka yang minat bolasepak sahaja, bukanlah untuk semua staff. Tulisan hanyalah sekadar untuk memeriahkan kejohanan bolasepak piala dunia yang akan berlangsung bulan depan. Terdapat perbezaan antara WC dahulu dan sekarang dari beberapa aspek yang saya mahu generasi sekarang mengetahuinya.

Kepada mereka yang tidak berminat maka delete lah emel ini bila ia muncul dalam inbox anda.

EPISOD 1

Dalam siri world Cup ini saya akan menceritakan detik-detik peristiwa berlangsungnya World Cup sepanjang hidup saya iaitu World Cup yang saya kenali dan pengalaman saya bersama Worlad Cup (WC).

Pertama kalinya saya dengar perkataan WC ialah pada tahun 1970 ketika saya berusia 7 tahun. Tinggal di Glugor, Penang. Saya masih ingat Abang saya yang ke empat memberitahu bahawa Pertandingan Akhir Piala Dunia 1970 antara Brazil dan Itali adalah siaran secara langsung yang pertama sekali ditayangkan di Malaysia bagi apa cara sekalipun. Saya hanya mengenali seorang pemain sahaja ketika itu iaitu Pele. (pemain Malaysia kenallah ketika itu)Ayah selalu menyebut tentang kehebatan Pele. Itulah saja pengalaman pertama saya dengan WC.

WC 1974 saya berusia 11 tahun dalam darjah 5. Saya bersama kawan-kawan (Azizul, Tajuddin , Ishak dll) menyalin senarai pasukan dan kumpulan masing-masing dan mula mencatat keputusan-keputusan perlawanan. Sepanjang kejohanan RTM menayangkan sedutan perlawanan, perlawanan ulangan hampir setiap malam. Saya mula mengenali pemain-pemain seperti Rivelino (Bra), Ayala berambut panjang(Arg), Franz Beckenbauer(sgt hebat), Gerd mueller, Sepp Maier(Keeper) semuannya dari Jerman Barat. Dulu ada Jerman Timur juga. Dan pemain pujaan ketika itu ialah Johan Cruff dari Holland. Pada mulanya kami suport Brazil . Brazil seri dengan Scotland 0-0 dan seri dengan Yugoslavia then mengalahkan Zaire 3-0. Di quarter final Brazil kena bertemu Jerman Timur yang sebelum ini telah mengalahkan Jerman Barat 1-0 di peringkat kumpulan. Kami berdebar-debar menunggu keputusan dari berita radio. Akhirnya berita kemenangan Brazil 1-0 ke atas Jerman Timur kami dapat ketika kami berada di tempat mengaji Al-Qur’an di rumah Pak Imam. Kami pun gembira buat sementara waktu kerana selepas itu kami dapat tahu Brazil kena jumpa Holland di peringkat separuh Akhir. Setiap malam kami menyaksikan kehebatan Holland mengalahkan Argentina 4-0, Itali (tak ingat). Holland menjadi siulan peminat denganmengenalkan Total Football. Tiba-tiba nama Johan Cruff menjadi sebutan ramai. Antara Brazil dan Hollad, semua kawan-kawan suka dan memilih Brazil, tetapi saya tidak kisah siapa menang kerana saya mula minat dengan Holland apabila menonton permainan Cruff di TV. Saya mula mengenali pemain Holland yang lain seperti Johan Neesken,Rob Resenbrink, Johnny rep dll.

Saya tak ingat samada ada live atau tidak tapi saya hanya tengok sedutan dalam laporan harian dan Holland telah mengalahkan Brazil 2-0. Kawan-kawan bersedih hati tetapi saya dan 2 orang abang saya suka kerana kami mahu ………..

Satu lagi perlawanan separuh akhir ialah antara Tuan rumah Jerman Barat melawan Poland. Jerman barat dengan big star, main tempat sendiri pulak tu. Poland pula ada top scorer kejohanan Lato. Jerman menang 1-0. Sebelum perlawanan akhir, di adakan perlawanan tempat ketiga Brazil lwn Poland.Yang saya ingat someone showed me the result in the newspaper that Brazil lost 0-1 to Poland and pasukan Brazil tidak mendapat sambutan bila tiba di Brazil(pulang) tidak seperti ketika mereka hendak berangkat.

Now, perlawanan akhir . Ayah saya memberitahu RTM akan tunjuk live pukul 10 malam kerana mereka main petang di Munich. Ketika itu kakak saya yang kelima mengajak saya pergi ke funfair di Sg. Nibong tetapi Ayah bagi tahu jangan ikut kakak kerana ada WC final. Ayah saya suruh kami pilih pasukan yang akan menang. Saya bersama semua abang2 memilih Holland kerana Holland lebih kuat. Tetapi ayah saya memilih Jerman. Bila start game, dalam minit ke empat, Johan Cruff dijatuhkan dalam kotak penalti dan Holland dapat penalti. Neesken dengan rekod 100% penalti mengambil sepakan dan gol. Sepp Maer dive sebelah kanan, bola masuk sebelah kiri. Semuannya masih terbayang di wajah saya ketika saya menulis ini. Kami bersorak gembira, tetapi ayah saya cool sahaja. He just said: wait & see . (Allahyarham Ayah saya memang used to speak to me in English.)Then selepas perlawanan hampir tamat separuh masa, Jerman pula dapat penalti. Seorang pemain yang saya tak kenal ketika itu namanya Breitner mengambil sepakan dan gol. 1-1. Second half saya tak berapa ingat sebab dah larut malam, tp yang terbayang Cruff tidak puas hati dengan pengadil then Mueller score 2nd goal for German and Germany win the cup for the 2nd time. Kami ingin memberi hadiah kepada ayah tetapi Ayah tidak mahu.

Selepas WC 74, keluarlah boot jenama Beckenbauer, Uwe Seeler (jerman) dan Uwe super dll.

Sekian untuk episod 1. Jika diizinkan, saya akan menyambung lagi dengan World Cup 78 di Argentina semasa saya di sekolah menengah di tingkatan 3

KENANGAN WORLD CUP

EPISOD 2

WORLD CUP 1978

World Cup (WC) 1978 berlangsung di Argentina. Ketika itu saya di tingkatan 3 di Penang Free School. Apa yang saya dan kawan-kawan malah semua peminat bolasepak di Malaysia terkilan ketika itu ialah Pasukan England tidak layak sekali lagi menyertainya. Kami hairan kerana dalam kejohanan peringkat kelab, kelab dari England ternyata hebat. Kelab bolasepak England menjuarai piala Eropah dari tahun 1975(Leeds –kalau tak silap), 1976(Liverpool),1977(Liverpool), 1978(Nottingham Forrest),1979(Nottingham Forrest),1980(Aston Villa).

RTM mula menayangkan siaran secara langsung final Piala Eropah pada tahun 1976. Rancangan mingguan Star Soccer menayangkan liga Inggeris Div. 1 (Dulu belum ada liga perdana). Maka peminat bolasepak di Malaysia lebih mengenali pemain-pemain Inggeris berbanding negara lain . Bila Liverpool menjuarai piala Eropah, kami pun kenal Kevin Keegan. Masing-masing bila bermain bolasepak, berebut-rebut nak jadi Keegan. Siapa pakai jersey no. 7 dia jadi Keegan. Tetapi saya memilih menjadi Kenny Dalglish-pemain Celtic berpindah ke Liverpool menggantikan Keegan bila Keegan berpindah ke Hamburgh. Pada waktu itu saya sudah cekap sikitlah tentang pemain-pemain, kelab-kelab, perpindahan dsbnya. Maklumlah telah meningkat remaja. Bila England tak masuk WC dah 2 kali, (1974 juga England tak qualified) jadi kami tak pernah tengok England beraksi sebagai satu pasukan. Tetapi saya tetap support Scotland kerana ramai pemain Liverpool dari Scotland seperti idola saya Dalglish.

Now kita cerita pasal WC. Hanya 16 pasukan . Bayangkan Argentina ,France & Italy dalam satu kumpulan. Iran dan Tunissia menyertai buat pertama kalinya. Iran malah seri dengan Scotland tp tewas dengan Holland 0-4. Semasa kejohanan bermula kami hanya mengenali Zico (Bra), Rivelino masih bermain, Resenbrink, Haan, Neesken (Holland). Ini kerana rakyat Malaysia lebih mengenali pemain England. Saya boleh senaraikan squad England beserta posisinya ketika itu Tp England mangkuk –tak masuk WC.

Satu berita yang mengecewakan ialah Johan Cruff tidak menyertai squad Holland kerana berbeza pendapat dengan Pengurus dan jurulatih. Saya masih ingat kawan saya Asrul Sani (Anak kpd Prof. Shahnon Ahmad) peminat setia Holland sangat-sangat kecewa dengan berita itu. Saya juga kecewa kerana saya juga minat Cruff. Jerman barat datang dengan squad muda. Tiada lagi Kaiser mrk iaitu Franz Beckenbauer , Gerd Mueller, Uli Hoeness. Hanya keeper Sepp Maer masih ada. Saya tidak kenal yang lain ketika itu.

RTM menayangkan setiap malam replay game . Selepas game demi game baru saya kenal Karl Heinz Rumminiegge (Ger), Michel Platini(Fra), Paulo Rossi (Italy), Cubilas (Peru).





KENANGAN WORLD CUP 2

EPISOD 2

WORLD CUP 1978

World Cup (WC) 1978 berlangsung di Argentina. Ketika itu saya di tingkatan 3 di Penang Free School. Apa yang saya dan kawan-kawan malah semua peminat bolasepak di Malaysia terkilan ketika itu ialah Pasukan England tidak layak sekali lagi menyertainya. Kami hairan kerana dalam kejohanan peringkat kelab, kelab dari England ternyata hebat. Kelab bolasepak England menjuarai piala Eropah dari tahun 1975(Leeds –kalau tak silap), 1976(Liverpool),1977(Liverpool), 1978(Nottingham Forrest), 1979(Nottingham Forrest),1980(Aston Villa).

RTM (TV3 belum ada lagi) mula menayangkan siaran secara langsung final Piala Eropah pada tahun 1976 antara Liverpool dengan FC Bruges. Rancangan mingguan Star Soccer menayangkan liga Inggeris Div. 1 (Dulu belum ada liga perdana). Walaupun ada rancangan Football Made in Germany selepas WC74 namun majoriti penonton lebih suka menonton Star Soccer. Maka peminat bolasepak di Malaysia lebih mengenali pemain-pemain Inggeris berbanding negara lain . Bila Liverpool menjuarai piala Eropah, kami pun kenal Kevin Keegan. Masing-masing bila bermain bolasepak, berebut-rebut nak jadi Keegan. Siapa pakai jersey no. 7 dia jadi Keegan. Tetapi saya memilih menjadi Kenny Dalglish-pemain Celtic berpindah ke Liverpool menggantikan Keegan bila Keegan berpindah ke Hamburgh. Pada waktu itu saya sudah cekap sikitlah tentang pemain-pemain, kelab-kelab, perpindahan dsbnya. Maklumlah telah meningkat remaja. Bila England tak masuk WC dah 2 kali, (1974 juga England tak qualified) jadi kami tak pernah tengok England beraksi sebagai satu pasukan. Tetapi saya tetap support Scotland kerana ramai pemain Liverpool dari Scotland seperti idola saya Dalglish.

Now kita cerita pasal WC. Hanya 16 pasukan . Bayangkan Argentina ,France & Italy dalam satu kumpulan. Iran dan Tunissia menyertai buat pertama kalinya. Iran malah seri dengan Scotland tp tewas dengan Holland 0-4. Semasa kejohanan bermula kami hanya mengenali Zico (Bra), - Zico dikenali sebagai White Pele, Rivelino masih bermain, Resenbrink, Haan, Neesken (Holland). Tak banyak pemain yang kami kenal kerana rakyat Malaysia lebih mengenali pemain England. Saya boleh senaraikan squad England beserta posisi dan kelabnya ketika itu. Tp England mangkuk –tak layak masuk WC.

Satu berita yang mengecewakan ialah Johan Cruff tidak menyertai squad Holland kerana berbeza pendapat dengan Pengurus dan jurulatih. Saya masih ingat kawan saya Asrul Sani (Anak kpd Prof. Shahnon Ahmad) peminat setia Holland sangat-sangat kecewa dengan berita itu. Saya juga kecewa kerana saya juga minat Cruff. Jerman barat pula datang dengan squad muda. Tiada lagi Kaiser mrk iaitu Franz Beckenbauer , Gerd Mueller, Uli Hoeness. Hanya keeper Sepp Maer masih ada. Saya tidak kenal yang lain ketika itu.

RTM menayangkan setiap malam recorded game . Selepas game demi game baru saya kenal Karl Heinz Rumminiegge (Ger), Michel Platini(Fra), Paulo Rossi (Italy), Cubilas (Peru). Ketika itu kami boleh saksikan hebatnya setiap perlawanan , jauh lebih hebat daripada perlawanan antara kelab. (Sekarang tidak lagi begitu). Setiap negara ada play makernya, individu yang mempunyai dan mempamerkan skill-skill yang menarik. Pendek kata setiap perlawanan memang terhibur. Antara gol-gol tercantek yang saya masih ingat ialah jaringan free kick Cubilas & Platini. 2 gol daripada Arie Haan (Hol) yang ditendang dari jarak 40 yard menewaskan 2 penjaga gol ternama dunia iaitu Sepp Maer ketika bertemu Jerman dan Dino Zoff ketika bertemu Italy. Di sekolah tajuk perbualan hanyalah WC sahaja.

Format pertandingan kurang menarik kerana 2 pasukan teratas setiap kumpulan masuk pusingan kedua dan di bahagikan pula kepada 2 kumpulan. Amat malang bagi kami kerana semua negara eropah berada dalam satu kumpulan iaitu Italy, Jerman, Holland dan Austria. Sedangkan Brazil, Argentina, Peru (satu lagi pasukan tak ingat-Poland kut) dalam satu kumpulan pula. Then champion setiap kumpulan terus pergi final dan naib johan setiap kumpulan bertanding untuk tempat ketiga dan keempat. Tidak dinafikan Holland juara kumpulan 1 tapi dalam kumpulan 2 ada berlaku sedikit hanky panky pada pendapat kami ketika itu. Ini kerana pada pandangan kawan2 dan peminat fanatik Brazil, mereka berkata Brazil patut ke final kerana Brazil dah ada 6 mata sedangkan Argentina ada baki 1 perlawanan yang mana ia perlu menewaskan Peru dengan 4 clear gol spt 4-0 @ 5-1 @ 6-2. Sudah tentu tugas sukar kepada Argentina kerana Peru ketika itu kuat dan johan peringkat kumpulan dalam pusingan awal. Tetapi akhirnya Argentina dengan sokongan padu penonton dan rakyat Argentina berjaya menewaskan Peru dengan 6-0. Perlawanan itu ditunjuk live. Selepas game baru kami dapat tahu Peru menurunkan banyak pemain simpanan termasuk penjaga golnya yang diberitahu kepada saya oleh kawan saya yang fanatik Brazil bahawa penjaga gol Peru itu dilahirkan di Argentina. Begitulah kerenah peminat Brazil sejak dahulukala.

Namun saya tidak kisah walaupun saya lebih suka Brazil masuk final tetapi Argentina pun tidak mengapa kerana saya memang lebih menggemari pasukan dari Latin Amerika berbanding Europe. Ini kerana RTM juga sejak 1976 menayangkan piala Toyota iaitu champion kelab dari Eropah melawan Champion kelab dari Amerika Selatan. Dari situ kami dapat menyaksikan kehebatan dan skil yang menarik pemain-pemain dari South Amerika itu. Sejak itu sampai sekarang bila pasukan dari Eropah melawan pasukan dari Amerika Selatan saya akan menyokong Pasukan South Amerika .

Maka dalam perlawanan akhir, saya support Argentina. Saya tak ingat tentang kesukaan keluarga. Ayah saya kurang berminat lagi dengan bolasepak mungkin kerana pemain-pemain zamannya tidak lagi bermain . Akhirnya Argentina menang 3-1.Mario Kempes menjaringkan 2 gol dan sekaligus menjadi top scorer kejohanan. Nama Mario Kempes menjadi sebutan dunia. Ramai anak-anak lelaki yang dilahirkan selepas itu di Argentina dinamakan dengan Mario. Dikatakan Boot jenama Pasarela (Kapten Argentina) dan Kempes pun keluar tetapi saya tak pernah jumpa . Ramai pula striker kat kampung-kampung di Malaysia yang menggelar diri mereka i Kempes. Untuk pengetahuan anda kejayaan Argentina menjuarai Piala Dunia telah menyelamatkan kedudukan Presidennya General Videla yang sebelum ini kedudukannya seperti telur di hujun tanduk. Begitulah hebatnya piala dunia ini ketika itu.

Sekain untuk episod kali ini. Jika diizinkan episod 3 WC 1982 akan muncul dengan satu maklumat yang unik tentang Malaysia yang generasi sekarang tidak mengetahuinya.

KENANGAN WORLD CUP – EPISOD 3

WORLD CUP 1982

World Cup (WC) 1982 berlangsung di Spain. Saya berada di tingkatan 6 atas masih di Penang free. Pengatahuan saya tentang WC dan bola sepak luar negara semakin meningkat. Saya mula menulis tentang sukan di majalah sukan dan gambar saya pernah tersiar dalam keluaran 1980 (kalau tak silap). Saya juga menulis kepada RTM memohon disiarkan Italian Soccer Serie A. Ini kerana ramai pemain ternama dunia telah berhijrah bermain di Liga Itali seperti Maradona ke Napoli, Zico ke Udinese, Platini ke Juventus, Boniek (Pol) ke Juventus dan my favourite player Liam Brady (Rep. Ire) ke Juventus. Liam Brady telah membantu Arsenal memenangi Piala FA menewaskan MU 3-2 pada tahun 1979 dalam satu pertemuan yang cukup dramatik di mana 3 gol telah dijaringkan dalam masa 3 minit terakhir. Saya yakin peminat bolasepak yang sebaya dengan saya masih ingat game tersebut. Boleh tanya Zul Bahar yang ketika itu saya rasa berada di tingkatan 2. Tetapi RTM memberi jawapan bahawa Serie A sangat mahal dan tiada sponsor. Pada masa itu belum ada TV3.

WC 1982 telah mencipta banyak sejarah. Pertama bilangan pasukan yang bertanding telah meningkat dari 16 kepada 24 pasukan. Asia , Afrika dan Amerika Utara /Tengah boleh menghantar 2 wakil masing-masing. Banyak first timer ke WC iaitu dari benua Asia- Kuwait 1 dan New Zealand; Afrika – Algeria dan Cameroon. Amerika Tengah – Honduras dan El salvador. Kami tak pernah tengok Cameroon beraksi . Seluruh peminat bolasepak tergamam melihat kehebatan aksi Cameroon terutama penjaga golnya Thomas Nkono. Berita sukan menayangkan banyak kali kehebatan Nkono ini sehingga ia menjadi antara penjaga gol terbaik dunia. 5 penjaga gol terbaik dunia beraksi di WC kaili ini iaitu Nkono(Cameroon), Peter Shilton (England), Pat Jennings(N. Ireland), Rinat Dasavey (Russia) dan Luis Arconada (Spain). Sebenarnya WC 82 penuh dengan goalkeeper yang handal-handal belaka seperti Dino Zoff (Italy), Michael Preudhome (Belgium).

Ini ada satu fakta yang menarik. Pada WC ini RTM tidak menayangkan semua pertandingan secara langsung, hanya sebahagian sahaja. Salah satu match yang RTM tak ambil live ialah England lwn France (kalau tak silap). Sedangkan TV Singapore ambil live match ini. Maka 2 orang peminat England dari Melaka yang mungkin bekerja di bahagian pemancar stesyen RTM telah mengalihkan arah pemancar itu dari arah angkasapuri ke arah Singapura semata-mata nak tengok England lwn France. Hasilnya, selain orang Johor Bahru, mereka yang tinggal di Muar, Melaka dan sebahagian Negeri Sembilan dapat tengok match tersebut. Keesokkan nya ia menjadi berita hangat dalam akhbar2 tempatan dan di Singapura. Kedua-dua orang itu telah ditahan namun peminat bolasepak tanahair mempertahankan tindakan mereka dan marah kepada Pihak RTM kerana tidak sensitif dengan kehendak rakyat khususnya football fan. Kemudian seorang peminat dari Negeri sembilan (kalau saya tak silap) telah mencadangkan kepada semua peminat bolasepak Malaysia supaya menderma sekurang-kurangnya RM1 ke dalam Tabung Siaran Langsung WC. Dalam akhbar The Star yang saya baca kletika itu dipaparkan cadangan ini beserta no. Akaun bank tabung ini.

1. Malaysia sebenarnya telah berjaya melepasi halangan pertama dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia. Dalam pusingan akhir kelayakan, Malaysia , Korea Selatan, Kuwait dan satu lagi pasukan telah bertarung untuk memilih 1 wakil ke WC. Kuwait menjadi tuan rumah. Malaysia telah berjaya mengumpul barisan terbaik termasuk memanggil pemain Yip Chee Keong yang beraksi di Liga Hong Kong. Buat pertama kali 3 penyerang terbaik -Mokhtar Dahari, Isa Bakar dan James Wong dapat beraksi bersama. Pada saya inilah pasukan Malaysia yang paling baik sepanjang hidup saya. Dalam perlawanan dengan Kuwait, Malaysia telah berusaha sedaya upaya. Malaysia attack all out tetapi tewas kepada kekebalan penjaga gol Kuwait Ahmed Tarabulsi.



Dalam sekelip mata jumlah dana terkumpul melebihi daripada wang yang diperlukan untuk tayangan semua game selepas ini secara langsung. Malah ada duit baki lagi. RTM membuat permohonan kepada FIFA dan SFA(Spain Football Association-Tuan Rumah). Berita ini telah menjadi heboh di seluruh dunia. Dalam akhbar2 di Brittain ditulis ‘Malaysian Football Fans jointly sponsored live telecast of WC’. Hasilnya kami dapat melihat semua game selepas itu secara live. Barulah RTM sedar betapa besarnya pengaruh WC kepada rakyat Malaysia. FIFA pula telah berjanji akan meletakkan Malaysia sebahagian daripada negara pilihan/keutamaan untuk siaran langsung WC pada tahun 1986. Benson & Hedges pula telah sign MoU dengan RTM sebagai penaja utama untuk WC 1986 di Mexico nanti.

Tuan-tuan dan puanpuan sekelian, setiap kali ada live telecast football match, maka masa rehat atau half-time akan ditayangkan iklan. Tetapi untuk siaran secara langsung yang ditaja Rakyat Malaysia ini apa yang hendak ditayangkan masa rehat ?

RTM telah menjemput pemuda yang mencadangkan tabung ini sebagai tetamu untuk memberi komen semasa rehat. Antara soalan yang ditanya kepadanya : apa yang hendak dibuat oleh wang yang lebih?

I do not wish to discuss further on this subject. It leads to many programs spt pelancaran 24 jam Derma Jantungku- sasaran 1 juta dsb. Now let us move further on the WC 82.

Untuk pertama kalinya kami terkejut dengan bahasa sepanyol yang digunakan contohnya England jadi Inglaterra (tak terrer pun), Spain –Espanyol, Brazil-Brasilia, Jerman- Alemania, Italy-Italia, Scotland-Escotia.

Perlawanan pertama juara bertahan Argentina menentang Belgium. Argentina sekarang ada Maradona yang baru berusia 22 tahun. Maradona menjadi tumpuan kerana dalam perlawanan persahabatan dengan England just before the WC , telah berjaya mengucar-kacirkan pertahanan England (England always has good defence) dengan dribbling skills yang menarik. Kedudukan Maradona ketika itu persis Messi ketika ini. Belgium dengan dibarisi oleh keeper Preudhome, Ian Cleumens, Scifo dan Van der Lest telah berjaya mengalahkan Argentina 1-0. Saya masih ingat Commentator British tu punyalah suka Argentina kalah.

Now England. Saya ketika itu masih orthodok dan konsevartif. England menjadi pujaan. All the 22 players in the England squad kami kenal dengan sekenal-kenalnya. Buat pertama kali nak tengok England bermain sebagai satu pasukan. Tak sabar nak tengok (saya tulis yang main sahaja –not reserve) Bryan Robson, Steve Coppell, Ray Wilkins (MU), Mick Mills (capt),Paul Mariner , Terry Butcher(Ipswich), Trevor Francis, Peter Shilton(Forrest), Phil Neal (Liverpool), Kenny Sansom, Graham Rix(Arsenal),Glenn Hoddle (Spurs) beraksi bersama.

First game dengan France, kami dapat tengok rakaman.Dalam masa 43 saat sahaja Robson menjaringkan gol hasil hantaran Copell (MU Connection). Histirianya penyokong England. As the game progress , baru saya dan dunia nampak canteknya permainan Perancis dengan 4 midfielder terbaik dunia iaitu Michel Platini, Alain Girese, Jean Tigana and Bernard Genghini. France bermain seperti Brazil dan dikenali selepas itu sebagai Brazil of Europe. Malangnya France tidak ada striker yang baik. Walaupun France kalah 1-3 namun dunia telah saksikan satu persembahan yang menarik dari France. Ketika itu baru saya sedar betapa pasukan-pasukan dari Continent Europe lebih baik dari Kepulauan British.

Semasa perlawanan England lwn France, pada masa yang sama Jerman melawan Algeria. Komentator Britiash ini memaklumkan juga perkembangan perlawanan tersebut. He reported : What a surprise Algeria leading by one gol. Then Germany equalise 1-1. He said typical comeback of Germany. Tuan-tuan Typical Comeback of Germany dalam sejarah WC sebenarnya boleh dibuat satu episod. Jika ada masa saya akan tulis tentang Typical comeback of Germany khususnya untuk peminat Germany. Then komentator ni dengan gembiranya memberitahu Algeria score again and Germany lost to WC first timer Algeria. Keputusan itu menjadi one of the biggest upset in World Cup. Selepas WC, Pemain Algeria seperti Lakdar Belomi, Ben Saoullah dan Rabah Madjer bermain di liga Portugal dan Sepanyol. Rabah Madjer bermain di Real Madrid menjadi 10 pemain terbaik dunia selepas itu.

Algeria seterusnya mengalahkan Chile dan kalah dengan Austria.

Now, Jadual pertandingan WC 82 juga kurang menarik kerana oleh kerana buat pertama kali 24 pasukan mengambil bahagian maka johan dan naib johan setiap kumpulan (6 kumpulan semuanya) mara ke pusingan kedua . Algeria sepatutnya mara ke pusingan kedua tetapi oleh kerana perlawanan terakhir dalam kumpulan itu ialah antara Austria lwn Jerman maka kedua-dua pasukan ini telah mengatur perlawanan. Dalam perlawanan ini hanya satu keputusan sahaja yang boleh membawa Austria dan Jerman ke pusingan kedua iaitu Jerman menang 1-0. Andaikata Jerman kalah atau seri maka Austria dan Algeria akan masuk ke pusingan kedua. Andaikata Jerman menang lebih daripada 2 gol maka Jerman dan Algeria akan masuk ke pusingan ke dua dan Austria pula tersingkir. (Remember Germany & Austria used the same language) So Jerman telah berpakat dengan Austria dalam satu perlawanan yang terbosan dalam dunia. Horst Hrubesh menanduk bola dan gol-1-0 untuk Jerman -Austria masuk ke pusingan kedua. Ini diakui sendiri oleh FIFA. Sebab itulah selepas daripada WC ini semua perlawanan terakhir dalam setiap kumpulan dijalankan serentak.

Kumpulan A terdiri daripada Italy, Poland, Peru dan Cameroon (First Time). Keempat-empat pasukan ini sama kuat. Semua keputusan perlawanan kumpulan ini seri 0-0 dan 1-1 sahaja. Sehingga FIFA sedang mambuat persediaan untuk pemilihan ke pusingan kedua secara toss a coin. Then last match Poland berjaya mengalahkan Peru. Sementara Cameroon terpaksa keluar dari WC tanpa mengalami sebarang kekalahan. Italy pula mara tanpa sebarang kemenangan.

Scotland seperti biasa tidak pernah bernasib baik. Selalu berada dalam satu kumpulan dengan malaikat maut iaitu Jerman atau Brazil. Tahun 1974 dan 1978 Scotland gagal ke pusingan kedua kerana perbezaan jaringan gol sahaja. Sehingga dikatakan The Scots always return earlier than their postcard. Kesian kat depa. Tahun 1982 satu group dengan Brazil lagi. Sekali lagi tak dapat masuk 2nd round kerana jaringan gol yang sama dengan Russia tapi Russia score lebih. New Zealand dalam kumpulan ini hanya menjadi lauk pauk bagi Brazil, Russia dan Scotland.

Satu lagi yang menarik dalam WC 82 ini ialah Hungary membelasah El Salvador 10-1 dalam perlawanan pertama mereka. Saya tengok rakaman perlawanan. Thibor Nyilashi menjaringkan 4 gol terus jadi top scorer pada hari kedua kejohanan. Tapi 4 gol itu kekal sampai habis kejohanan. Sebelum ini dalam WC 74, Yugoslavia hentam Zaire 9-0.

Dalam kumpulan E terdiri daripada Spain, Yugoslavia, Northen Ireland dan Honduras. Northen Ireland, kita ambil berat juga kerana kepulauan British, lagipun banyak playernya yang kita kenal. Norman Whiteside (MU) menjadi pemain termuda beraksi di WC. Lebih muda beberapa hari dari Pele dalam WC 58. N.Ireland draw dgn Yugoslavia dan draw juga dengan Honduras. Sebelum perlawanan terakhir melawan tuan rumah Spain, Pasukan N. Ireland telah pun membeli tiket kapal terbang untuk pulang selepas perlawanan tersebut. But miracle do happen . N.Ireland mengalahkan Spain 1-0 lalu jadi champion group. Spain mangkuk jatuh tempat kedua dan terpaksa bersama England dan Germany dalam satu kumpulan dalam pusingan kedua. Maka N.Ireland terpaksa rugi tiket kapal terbang yang sudah dibeli kerana tidak boleh dikembalikan lagi ! he ! he !

Puringan Kedua:

Dalam pusingan kedua, England , Germany & Spain in one group. Only one will proceed to semi-final. England lawan Germany 0-0. Then Germany beat Spain 2-1. So England has to beat home team by 2 goals. Game masih terbayang sampai sekarang. England attack all out. Half way 2nd half, England masukkan 2 pemain hebat yang belum pernah bermain di WC iaitu Kevin Keegan (Newcastle) & Trevor Brooking(Westham). Kedua-duanya mempunyai peluang menjaringkan gol dan kedua-duanya diselamatkan oleh Luis Arconada (keeper Spain.) 0-0. Seluruh peminat England kecewa termasuklah saya. So Germany proceed to semi-final . They must thank to Arconada for his superb performance.

Dalam satu kumpulan lagi terdapat Brazil, Argentina dan Italy. Kumpulan maut. Argentina lwn Italy dulu. Italy yang struggle nak melepasi first round tiba-tiba beat Maradona & Co. 2-1. Paolo Rossi sudah buat magic. Now, Paolo Rossi ni sebelum ini di gantung 2 tahun kerana rasuah. Dipanggil oleh Enzo Bearzot (coach Italy) di saat akhir. Rossi score 2 gol. Then Argentina lwn Brazil. Argentina has to beat Brazil to stay alive.

Brazil 82, kata kawan-kawan yang fanatik Brazil adalah team Brazil yang terbaik. Pada saya Brazil 82 dan 86 sama bagus dengan rentak samba yang mengiurkan. Pemain-pemain seperti Socrates, Zico, Falcao, Eder, Cerezo memang tiada tolok bandingannya. Permainan Brazil di tahun 80an jauh lebih baik daripada zaman 4R(Ronaldo, Rivaldo, Ronaldhino & Roberto Carlos). Those days Brazil just toying the opponents. They entertain the crowd with beautiful skills and samba rhythm.

So, Argentina vs Brazil. Brazil beat Argentina 3-1. Maradona kena buang padang kerana menendang Cerezo. British commentator tu punyalah suka Maradona kena buang pandang. Celakoi punya komentator.

Now Italy lawan Brazil. Untuk pengetahuan tuan dan puan, WC kali ini berlangsung dalam bulan puasa. Banyak game pusingan kedua bermula 2.30 pagi. Termasuklah game ini. Saya tak kisah sangat siapa menang kerana saya memang suka Italy kerana mafia, God father etc. Umur saya ketika itu memang agak radikal-gila-gila sikit. Now Italy ada seorang marker yang terbaik yang pernah disaksikan dunia iaitu Claudio Gentile. Semasa Italy lwn Argentina, Gentile ini telah mark (kawal) Maradona sehingga Maradona tidak dapat bergerak langsung. Baju Mardona sampai koyak tetapi Gentile ini terselamat dari kena kad kuning/merah. Dalam perlawanan dengan Brazil,Gentile mengawal Zico. Habis baju Zico koyak sampai tak nampak nombor. Zico frust gila. Rossi score first gol. Peminat Brazil tidak takut pun kerana tahu Brazil akan score nanti. Betul Socrates score 1-1. Rossi score lagi. Brazil relax dgn rentak samba dan Falcao score 2-2. Then Rossi buat houdini pula score lagi 3-2. Rossi dah score 5 gol dalam 2 game. Brazil all out attack. Eder last minute inswinger tapi Italian defence sangat kental dengan Dino Zoff, Cabrini, Scirea and Bergomi. Brazil are out of world cup. Saya terus call kawan saya (pakai telefon rumah lah –masa tu mana ada hp). Kawan saya frust. Saya gembira kerana tabiat saya memang suka under dog menang. Ramai peminat-peminat Brazil tak mahu tengok dak WC yakni perlawanan seterusnya. Rahim Razali selaku pengacara juga frust. Apa depa ni ingat Italy mangkuk ayun ka ? Ingat Brazil saja kah yang kuat ?

2 lagi kumpulan saya tak berapa ingat tapi saya tahulah yang France dan Poland berjaya ke separuh akhir juga.

Semi-Final

So semi final Italy vs Poland 2-0 (tak berapa ingat game ni.) France vs Germany. Game ini memang ingat sampai sekarang ini. Perlawanan terhebat yang pernah saya saksikan setakat ini-(pada masa itu).

Sebelum perlawanan , saya memang tidak suka Jerman kerana saya mahu England yang masuk semi. France pula sudah menjadi my favourite team in the world. Michel Platini is my no.1 favourite player. So the game start with both team play positively. Then Pierre Littbarski (Ger) score 1-0. German leading. Then my hero Michel Platini score from penalti spot. 1-1 now. Second half dua-dua pasukan saling attack & counter attack. Lagi 4 minit nak tamat, Manuel Amoros bek kanan France shoot dari jauh, keeper Germany Harold Schumacher sudah tertewas tetapi bola terkena palang gol dan terkeluar. Jerman terselamat. Now extra –time 30 minit. Dalam extra-time Tressor (French defender )score. France lead 2-1. Then France attack lagi Girese (French midfieder) score and lead 3-1. Tukar sebelah. Germany memasukkan Karl Heinz Rummingge-(Bundesliga top scorer). Dia tak bermain dari awal kerana not fully fit. Rummingge masuk dan score goal. Now kedudukan 2-3 kepada France. Then berlakulah satu insiden yang tak dapat dilupakan. Patrik Battiston (French defender) dapat melepasi German defence dan hanya berhadapan dengan Schumacher (Keeper Ger). Tiba-tiba lahanat punya Schumacher dia pi terajang Batiston-komentator tu kata Schumacher bukan main bola tapi main orang. Kedua-duanya berlanggar lalu Batiston tidak sedarkan diri dan terpaksa diusung keluar. The French were force to used their last substitute and Schumacher escape tanpa sebarang kad. Platini merayu kepada referee mohon keadilan dilaksanakan. Sepatutnya Schumacher kena dibuang padang, France kena dapat penalti. Saya bukan emosional tetapi inilah sepatutnya. REFEREE KAYU. From that moment Schumacher menjadi ahli sukan yang paling saya benci dalam dunia dan Jerman pula pasukan yang Akuuuuuuu Benciiiiiiiiiii………….2(lihat footnote) Then the game resume again, lagi berapa minit nak habis tiba- tiba German score satu lagi melalui Klaus Fischer menjadikan kedudukan 3-3. Sehingga tamat 120 minit. Now penalti shoot out.

Mula-mula France tendang dulu : Girese score 1-0 German – Kaltz score :1-1

Sangat mendebarkan Amoros score 2-1 Breitner (veteran WC74&78-good penalti taker) score 2-2

Tolonglah masuk Rocheteau score 3-2 Stielike tak masuk 3-2. (Padan muka Jerman) hoorey!

(Stielike menangis dipujuk Littbarski)



Didier Six tak masuk pula Ya Tuhan ! 3-2. Littbarski score 3-3

( Didier Six bermain di liga Jerman dgn Stuttgart bersama Hansi Mueller & merupakan penalti taker bagi Stuttgart, maka Hansi mueller bila mendapati Six is the next player to take penalti, maka cepat-cepat dia bagi tahu kepada Schumacher watch out you left side. Fakta ini diperolehi selepas beberapa hari perlawanan)



Platini seperti biasa score 4-3 Rummenigge as usual score 4-4



Now SUDDEN DEATH !

Bila nak habis ni. Waktu imsak sudah nak habis. Saya dan abang-abang terpaksa makan sahur di depan tv. Kami makan dalam keadaan yang penuh debaran. Ayah saya mengalami lumpuh sejak tahun 1980 tetapi Insya Allah dia tetap berpuasa. Namun dia tidak lagi berminat menonton bola sepak, malah menonton tv sekalipun. Tetapi saya sebagai anak yang paling rapat dengan ayah memberitahu kepada nya tentang kedudukan antara France dan Jerman memandangkan Ayah pernah meminati pasukan Jerman dan Brazil suatu ketika dahulu.

Ok lets continue. Sudden death…..

France Maxime Bossis (defender) mengambil penalti dan tak masuk. Bola melepasi palang gol. Hancur hati saya. German Hrubesch mengangkat dan gol. Ke semua pasukan German meluru ke padang meraikan kemenangan. Hancur lebur terus hati saya. Itulah, hari itu saya ketawakan peminat –peminat Brazil bila Brazil kalah denagn Italy. Sekarang baru saya rasa betapa pedihnya rasa di kalbuku. Platini & Co sangat kecewa. I will elaborate further on the german side when I do episod : Typical Comeback of Germany

France terpaksa bermain untuk tempat ketiga dengan Poland , tetapi Platini tidak bermain untuk perlawanan ini. Poland menang 3-2. Poland memang pakar dalam tempat ketiga.

Now Final.

Italy lwn Jerman. Tuan dan Puan boleh agak siapa agaknya saya sokong. Sudah tentulah 200% Italy. Come on Italy, Come on Rossi, Conti, Cabrini beat and humillate the Germans. So the game start and Paolo Rossi score . Gentile seperti biasa tight marking on Rummenigge. Akhirnya Rummenigge yang unfit terpaksa keluar diganti oleh Hansi Mueller. Then Italy score again melalui Marco Tardelli. Then Jerman score balek melalui Paul Breitner. Breitner menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam dua perlawanan akhir piala dunia. Kali pertama tahun 1974. Nampak gaya typical comeback of Germany nak datang semula. Tetapi kali ini mereka berdepan dengan defence terbaik dunia sejak dahulukala iaitu Italian Defence. Sedangkan Socrates (Brazil) dan kawan-kawannya nya pun tak terdaya , inikan pula German tanpa Rummenigge.

Then seorang pemain gantian Italy Allesandro Alltobeli menjaringkan gol ketiga and put the final nail into German coffin. Sorry German fans. Thus, the Italian won the WC for the 3rd time and Rossi became top scorer.

WC 82 telah meninggalkan banyak kenangan kepada saya dan mereka yang melaluinya secara langsung. Tahun 1986 WC akan berlangsung di Mexico. WC 1986 pada saya adalah WC yang paling baik dalam hidup saya hingga ke hari ini. Ikutilah coretan nostalgia WC 86 dalam episod 4. (Jika diizinkan)


Footnote

2. Patrik Batiston telah mengalami slip dics tulang belakangnya dan terpaksa hospitalised for months. Schumacher telah dilarang memasuki France oleh peminat bolasepak Perancis. Jika ia masuk ia akan di pukul. Harold Schumacher telah menghantar surat mohon maaf kepada Batiston. Replay menunjukkan Keeper memang bersalah.

KENANGAN WORLD CUP –EPISOD 4

WORLD CUP 86

Salam sejahtera. World Cup (WC) 86 berlangsung di Mexico. Sebenarnya Columbia telah terpileh untuk menjadi tuan rumah kerana FIFA telah membuat giliran antara Eropah dan dan Benua Amerika. Tahun 86 adalah giliran benua Amerika untuk menjadi tuan rumah. Tetapi pada tahun 1985, Columbia telah menolak kerana masalah kewangan negara. Lalu Mexico terpileh kerana kehebatan WC 70 masih dirasai. Dengan itu Mexico menjadi negara pertama menjadi tuan rumah piala dunia sebanyak 2 kali . Pada bulan September 1985 telah berlaku gempabumi yang dahsyat di Mexico yang mengorbankan lebih 20 000 orang serta beratus-ratus ribu lagi cedera. Namun Mexico masih cekal dan mampu membuat persediaan untuk WC dalam masa kurang dari 9 bulan. Syabas Mexico.

WC 86- saya telah masuk universiti dan berada di tahun 3 di UIA (first batch). WC 86 berlangsung ketika cuti semester yang panjang. Yahooo, dapat tengok WC tanpa sebarang gangguan. RTM telah membuat persediaan rapi untuk menayangkan hampir ke semua perlawanan secara live dengan di taja oleh B &H. Dikatakan pihak B & H telah menawarkan kepada pengulas sukan terbaik kita sdr Rahim Razali sebanyak RM120 000 untuk mengacarakan live telecast sepanjang WC 86 ini. Buat pertama kali iklan menggunakan computer - special effect dari seekor Harimau menjadi footballer seperti dalam video klip Michael Jackson album ‘Thriller’.

Kami tidak sabar menunggu WC kerana hampir ke semua pemain terbaik dunia beraksi di WC kali ini. Setiap pasukan ada ayam tambatannya. Argentina (Maradona), Brazil dgn 3 serangkai (Socrates, Zico, Falcao), France dgn barisan midfield terbaik dunia (Platini, Girese, Tegana & Fernandes), Germany ( Rummenigge, Littbarski,Rudi Voeller ) Italy (Altobelli), Uruguay (Enzo Francescoli- 2 kali pemain terbaik Amerika Selatan), Paraguay (Romario- pemain terbaik Amerika Selatan 1986), Belgium (Enzo Scifo-pemain yang jadi rebutan antara Belgium dan Italy kerana Scifo lahir di Italy. Scifo adalah Belgian footballer of the year.) Spain(Emilio Butragueno dipanggil the Vulture(helang)-Real Madrid), Mexico(Hugo Sanchez- top scorer liga Sepanyol -main utk Real Madrid), Russia (Oleg Blokin-ex-european footballer of the year).

Pada saya pasukan Real Madrid zaman Butragueno &Sanchez adalah yang terbaik. Saya cadangkan generasi muda dapatkan perlawanan-perlawanan Real Madrid zaman itu. Anda pasti terpesona melihat attacking skills antara Butragueno and Sanchez. Hugo Sanchez ni, bila dia score gol dia mesti buat sommersault. Pemain sekarang yang buat sommersault bila score goal sebenarnya meniru aksi Hugo Sanchez.

Format kali ini lebih menarik kerana ada 6 kumpulan. Top 2 setiap kumpulan masuk pusingan kedua –dalam pertandingan kalah mati. Dan 3 pasukan terbaik yang menduduki tempat ketiga dalam kumpulan masing-masing mara ke pusingan kedua juga. Perlawanan terakhir setiap kumpulan dijalankan serentak. (Ingat insiden pakatan Jerman –Austria).

Denmark masuk kali pertama maka diletakkan dalam kumpulan pool 4. Fahamkah maksud kumpulan pool 4 ? Maksudnya Denmark sebaris dengan wakil Asia i.e. Iraq & Korea Selatan; , Canada, Algeria dan Morroco. Kumpulan pool pertama ialah seperti biasa Italy, Brazil, Jerman, England, Mexico kerana tuan rumah dan France. Bayangkan Argentina yang ada Maradona tak pool pertama tetapi pool 2. So semua kumpulan first pool nak mengelak Denmark dan Argentina berada dalam kumpulan mereka. Italy mendapat Argentina dalam kumpulan mereka. Jerman lebih tidak bernasib baik mendapat Denmark sebagai pool 4 kumpulan mereka. Kumpulan E yang terdiri daripada Jerman, Uruguay, Scotland dan Denmark telah dianggap oleh Pengurus Jerman iaitu bintang legenda Franz Beckenbauer sebagai Group of Death. Inilah pertama kali unkapan group of death digunakan. Selepas itu setiap kali undian WC , mana –mana kumpulan yang seimbang dianggap sebagai group of death. Sedangkan orang yang mempeloporinya ialah Mr. Kaiser Franz Beckenbauer. Kenapa Denmark ditakuti sedangkan ia belum pernah bermain di WC. Ini kerana pasukan Denmark ketika itu dibarisi oleh Michael Laudrup(Juventus striker – Juventus memenangi Piala Eropah 1985, Preben Elkjear-Denmark footballer of the year, Soren Lerby-Bayern Munich midfielder, Jesper Olsen-MU). Denmark juga masuk semi final dalam pertandingan negara-negara Eropah 1984.

Dalam pusingan awal Denmark mengalahkan semua lawannya Uruguay 6-1 , Scotland ( tak ingat) dan juga Jerman 2-0.

Tetapi dalam pusingan kedua (kalah mati) Mereka kalah kepada Spain 1-5 dengan the vulture –Butragueno menjaringkan 4 gol. Butragueno menjadi pemain kedua dalam sejarah WC menjaringkan 4 gol dalam satu perlawanan.

Scotland (remember the Scots always return earlier than their postcard) seperti biasa tidak bernasib. Kali ini mereka di dalam group of death bersama Germany. Sayonara Scots.

Algeria mempunyai pertahanan yang baik. Gol keeper mereka Drid antara yang terbaik dalam kejohanan. Berjaya mengekang serangan Brazil sehingga Brazil berrnasib baik score satu gol sahaja melalui Socrates.

Kumpulan C ada France, Russia, Hungary & budak belasahan Canada. Tahun 82 France tak ada striker. 1986 France datang dengan 2 striker iaitu Jean Marie Papin (Marseilles), Yannik Stopyra (tak tau main kelab mana). Dalam perlawanan pertama, France lawan dengan pasukan sayuq –Canada, 4 midfielders terbaik dunia punya feed dekat Papin ni lebih 20 kali tapi Papin ni punya mangkuk satu pun tak boleh score. Platini hantar bola sampai depan tiang gol pun dia tak boleh score. Saya rasa kalau Faizal Khudri dapat bola tu pun boleh score. Kalau Faizal ganti Papin saya rasa France boleh menang banyak gol. Tapi oleh kerana papin ni dah jadi papan maka France hanya menang 1-0 sahaja lwn Canada.

Hungary dalam kumpulan ni, sejurus sebelum WC bermula, telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Brazil dan berjaya membenam Brazil 3-0. Penyerang utama Lajos Detari. Semua orang berkata watch out-the dark horse. Tetapi dalam WC. Hungary kena belasah dengan bapa tiri- Russia 6-0.

Kumpulan A: Itali seri dengan Argentina. Tuan-tuan sila lihat how Maradona single handedly beat tough Italian defence. Korea lwn Argentina. First time kami tengok Korea di WC. Sedih di hati tak terhingga kerana baru 2-3 tahun yang lepas Malaysia selalu mengalahkan Korea. Sekarang Korea dah masuk WC. Kita semakin merosot.(nak cerita lebih panjang pasal skuad Malaysia tetapi Episod ini adalah tentang WC 86 so kita cerita pasal World Cup sahaja)

Korea lwn Argentina. 3 orang kawal Maradona. Kaki Maradona dibentes setiap kali mendapat bola. Korea tewas 1-3. Gol-gol Argentina saya tak ingat tetapi gol Korea saya ingat. Kapten Korea score dari jarak jauh dan dia berlari sambil mengangkat kedua-dua tangan seperti dalam sembahyang mereka. Korea sebenarnya tidak bernasib baik. Dalam perlawanan terakhir mereka, mereka sedang leading 1-0 dengan Bulgaria tetapi di saat akhir Bulgaria dapat 1-1 kerana gol sendiri oleh pemain Korea. Jika Korea menang Korea pasti masuk ke pusingan kedua, maka dapatlah kita saksikan berapa kali penjaga gol Korea akan mengutip bola di gawang sendiri dalam perlawanan pusingan kedua !

England.

Untuk world cup ini saya tidak lagi menjadi penyokong England. Kematangan saya dalam bola sepak telah meningkat. England adalah pasukan yang penuh glamor tetapi bukan terrer pun.Seterusnya, saya nak ulas group F yang terdiri daripada England, Poland, Portugal & Morroco.Saya lebih suka Portugal dan Morroco mara ke pusingan kedua. Perlawanan pertama England vs Portugal. Portugal score satu kosong. England sebenarnya macam Malaysia juga. Ramai player yang handal tetapi tak terpileh. Kalau terpileh pun hanya jadi reserve sahaja. Glenn Hoddle (Spurs) pada saya jauh lebih baik daripada Wilkins tapi hanya reserve. John Barnes (Liverpool) sangat cemerlang di Liverpool tetapi tak dapat main kerana black. Yes. England dulu pun tak nak black.Antara black player yang bagus; Viv Anderson (Forest) adalah bek kanan terbaik liga Inggeris tetapi jarang dapat bermain untuk England. Laurie Cunnigham (WBA-Real Madrid)adalah the best uncapped player in England. So Ray kena gantung one game. Next game England 0-0 dengan Morroco. Ray Wilkins mengamuk. Semua kawan-kawan, dia marah depa seolah-olah dia saja yang betul. Bryan Robson (MU) ketua pasukan, Wilkins tak berani marah pula. Lama-kelamaan Ray Wilkins kena buang padang pasal baling bola ke arah pengadil. Padan dengan muka dia. Tak seorang pun kawan-kawan dia meluru ke arah pengadil. Seolah-olah mereka setuju dengan tindakan pengadil. Agaknya dalam hati mereka berkata shame on you. Ray kena gantung one game. So last game England kena beat Poland untuk ke pusingan kedua. England memasukkan Glenn Hoddle dan Peter Beardsley(Liverpool) dan berjaya mengalahkan Poland 3-0 dan mara ke pusingan kedua. Lineker (Everton) score hattrik 3-0. Komentator tu punya ‘kembang ‘ sampai nak pecah tv.

Sementara Morroco pula Morocco draw dengan Poland dan England, then beat Portugal 3-1. Saya tak berapa ingat player Morroco.(Maaf).Morroco jadi champion group tetapi rugi kerana pusingan kedua kena jumpa malaikat maut –Jerman.

Pusingan kedua:

England vs Paraguay. Bryan Robson tak boleh main-injured. So England without their MU captain. Gary Lineker (Everton) score 2 gol dan Beardsley (Liverpool) 1 gol – Merseyside connection. (Only Liverpool fans will understand it). It seems like England is better without MU players. (Jangan marah MU fans).

Germany vs Morroco . 1-0 Tak ingat. Mungkin mereka bermain di awal pagi. Game biasanya start 2.30 pagi & 5.30 pagi.

Mexico vs Bulgaria (Tak Tengok)

Russia vs Belgium 2-2. After extra time 3-4. Tapi saya tak ingat game ini.

Brazil vs Poland 4-0 (Tak berapa ingat)

Argentina vs Uruguay 1-0 (langsung tak ingat)

Italy vs France 0-2 (Ingat tak ada yang menarik yang hendak dicerita)

Denmark vs Spain 1-5. (dah ditulis di atas)

Quaterfinals



Suatu yang menarik dalam WC 86 ialah reaksi penonton-penonton di dalam stadium yang melakukan pergerakkan seperti ombak di laut, ianya dikenali debagai Mexican Wave. Di sinilah aslnya mexican wave yang sampai sekarang menjadi ikutan di seluruh dunia. Baru-baru ini di stadium tertutup Bukit Jalil dalam pertandingan Piala Thomas & Uber , juga para penonton melakukan mexican wave. Ingat ianya bermula di WC 86.



Ke semua perlawanan quarter-finals cukup hebat di mana 3 daripada 4 game berakhir dengan penalti shoot-out.

Perlawanan 1 : Brazil vs France.

Seluruh dunia menjadi gelisah menjelang perlawanan ini. Rahim Razali mengatakan ia adalah perlawanan akhir kerana Brazil akan berhadapan dengan Brazil of Europe (France). Bukan itu sahaja, France juga merupakan juara negara –negara Eropah 1984. Saya menyokong France dan saya tahu 90% rakyat Malaysia menyokong Brazil . Menjelang perlawanan pada pukul 2 pagi, karan (elektrik) terputus pada sebelah petangnya di kawasan saya iaitu di Bukit Mertajam (black out). Saya menelefon kawan saya Jagjit Singh to come fetch me and go to his house in Bayan Baru to watch the game. Ketika saya hendak keluar, tiba-tiba ayah saya berkata: what about me ? I was surprised because how on earth that he knew about that game and how he knew that I was going to watch it at my friend’s house? Rupa-rupanya ayah saya walaupun lumpuh tetapi dia selalu mendengar perbualan kami. Kasian pula saya. Mujurlah abang saya berkata ia akan cuba dapatkan generator pada malam ini. My Father is an ardent fan of Brazil.

So I proceed to Jagjit’s house. Naik motosikal pukul 12 tgh malam melewati jambatan Pulau Pinang. While waiting for the game, we decided to go to another friend’s house Mustafa in Bukit Gelugor (My former place). There we met a lot of relatives of Mustafa. Everybody anxious about the game.

Brazil with the best coach in the world Tele Santana retain most of the samba squad of 82. In 1982 Brazil good at midfield only. They did not have striker and their defence and goalkeeper is worst. But in 1986, Santana introduced Libero –Edinho (Capt), defensive midfielder-Elzo and Alemao and new striker Careca.Careca is one of the best striker in the world at that time. Of course Santana retain great midfielders of Socrates, Zico and Falcao. Dalam perlawanan peringkat kumpulan dan pusingan kedua , Brazil tidak melepaskan sebarang gol pun. Maksudnya Brazil turun lwn France dengan rekod 100% clean. Sementara bagi France, hari perlawanan jatuh pada hari lahir Platini.

So Brazil versus France finally started. Perlawanan berjalan dengan laju sehinggalah Careca score goal yang pada saya Careca berada pada posisi off-side. So Brazil lead 1-0. Seluruh penonton di rumah tersebut bersorak gembira kecuali saya. The game progress. Saya bertanya dalam hati bolehkah France score sedangkan pertahanan Brazil belum pernah bocor. Then, the great Michel Platini score. Platini score on his birthday.Pertahanan Brazil bocor for the first time. What a joy for me. I jump from my seat and celebrate it. Then only, the rest of the group knew that I’m supporting France. Mustafa and Jagjit knew that I am die hard fan of France but the rest did not know. So they stared at me. I remembered Mustafa’s elder brother said to me: how come you support France ? I could not believe that Malaysian do not supporting Brazil. I said to myself whats wrong of me supporting France?

Now kedudukan sekarang 1-1

2nd Half started :

Each team play carefully not to make mistake. Then suddenly Brazil got penalti.

Zico is going to take it. Jagjit said that we don’t have to watch anymore. Its 100% goal. I was biting my finger nail. Zico run and shoot…… the french keeper SAVE it. I jump in front of tv and shout: padan muka Zico and Brazil. Saya tidak peduli apa peminat Brazil kata. Tetapi after that saya realised that saya berada di rumah orang dan hanya saya seorang saja penyokong France. If they threw me away, mampuih aku ?

So the game end 1-1

Extra-time juga 1-1. Now penalti shoot-out

Brazil tendang dulu France

i. Socrates dgn angkuhnya menendang- miss 0-0 Stopyra score (cantik) 0-1

melepasi palang (Ya be da be du)

ii. Alemau score 1-1 Amoros score 1-2

iii. Zico(peminat Brazil ketaq) score 2-2 Bellone score 2-3

iv. Branco score 3-3 Platini miss it. on his birthday Kawan2 punya sorak kat saya.(Selalu dia tendang grounder tetapi hari ini dia cari penjuru atas sebelah kanan tetapi tersasar). Peminat Brazil bersuka

Ria.

v. Ceasar(defender) tendang sekuat hati 3-3 Fernandes membetulkan bajunya, dan

bergegar tiang gol tp tak masuk (hoorey) memasukkan dalam seluarnya. Take time, tendang dan SCORE. 3-4. Dia berlari ke arah jurulatih dan di kejar oleh Platini dan kawan-kawannya.France are thru to the semi- finals and Brazil out of the competition without losing a game. Saya bersorak kegembiraan.



Sekali lagi peminat Brazil hampa belaka. Ramai peminat Brazil tak mau tengok dah WC. Macam budak-budak.

Saya dan Jagjit pun balek dalam pukul 5.30. Singgah di pekan Gelogor, saya solat subuh. Jagjit tunggu di kedai kopi. Then kami pekena the real nasi kandar and teh tarik dan kopi o kerana ada satu lagi game yang telah pun bermula iaitu

Germany lwn Tuan Rumah Mexico.

Saya menonton di rumah Jagjit. Emak dia sediakan capati. Jagjit tak larat nak tengok dah dan dia tertidur. Saya meneruskan berbaring depan TV sambil menonton. Kadang-kadang TV menonton saya. Its end 0-0 after extra time. Penalti shoot-out juga. Saya mengejutkan Singh untuk tengok penalti.

German tendang semua masuk. Mexico: Sanchez saja yang masuk. Yang lain tendang macam taik. Khairul Jefri tendang lagi bagus. Saya mau Mexico menang sebab saya kan masih berdendam dengan Jerman. Luka 82 masih ada parutnya.

(Jerman menang maka perlawanan semi-final 82 akan berulang kembali antara France and Germany.)

Esoknya 2 lagi quarter final

Pukul 2 pagi Argentina lwn England

Sebelum WC 86, pada tahun 1982 Britain telah berperang dengan England kerana krisis Falkland. Falkland adalah satu kepulauan yang terletak di selatan Lautan Atlantik berhampiran perairan Argentina. Ianya dijajah oleh Britain. Argentina menuntut hak ke atas Falkland tetapi Britain tidak bersetuju. Argentina kemudian merampas kepulauan tersebut. Brtain naik berang lalu menghantar beberapa kapal perang yang membawa pesawat lalu terjadilah peperangan yang mana Britain berjaya menawan semula Falkland. So hubungan Argentina and Britain tidak baik sebelum game bermula. Komentator British seperti biasa bias giler kepada England. Saya memang support 100% Argentina. Pertama kerana south America, kedua kerana Maradona, ketiga kerana England over-glamoured.

The game start and 0-0 first half. Second half Maradona telah buat magic menjaringkan gol dengan tangan tuhan. Mexico selaku tuan rumah telah menjalankan penyiaran dengan baik. Setiap gol akan ditayangkan replay sebanyak 5 kali dari tepi, dari opposite site, dari depan, dari belakang dan dari atas. Ke semua replay tidak nampak Maradona menggunakan tangan untuk score. Maradona selepas perlawanan di interview mengatakan bahawa dia menjaringakan gol dengan tangan tuhan. Dari sinilah timbul the infamous hand of God. Komentator tu punya kutuklah Maradona tak terhingga. Agaknya Maradona mendengar kutukan itu lalu mengambil keputusan membuat kejutan lebih hebat lagi iaitu Maradona membawa bola dari tengah bulatan mengelecek Peter Reid, Trevor Stevens, Terry Fenwick, Terry Butcher, Kenny Sansom and keeper Peter Shilton dan terus merembat masuk goll. Tergamam England. Komentator tu menjerit fantastic !, remarkable !,extremely world class! !. Baru England tau !. Bobby Robson (England manager yg mati baru-baru ni) memasukkan Chris Waddle (Striker) menggantikan Reid. Nothing happen. Then John Barnes( Black player-Liverpool) masuk ganti Stevens. Baru serangan England agak berbisa dan hantaran Barnes telah membolehkan Gary Lineker (Everton) menjaringkan gol.(Merseyside Connection Again!). England terus attack tetapi sudah terlambat. Argentina proceed to semi-final. Peminat England kecewa giler beb. Robson dipersalahkan kerana lambat memasukkan John Barnes. Sejak game ini barulah Pasukan England membukakan pintunya dengan luas kepada pemain-pemain kulit hitam sehinggakan mangkuk ayun seperti David Rocastle dan Paul Ince pun boleh main untuk England.



Quarter final terakhir ialah: Spain vs Belgium

Saya suka Spain menang sebab memang minat pasukan dari Latin Europe spt France, Italy, Portugal & Spain.

Game sebenar tak ingat tapi penalti shoot-out ingat. Game ended 1-1.

Pemain Spain dapat menendang penalti dengan baik tetapi penjaga gol Belgium Marie Pfaaf juga hebat. Dia tunggu bola dulu baru dive. Pemain Belgium pula ceroi saja tendang penalti tetapi penjaga gol Spain Zubiretta mangkuk. Dia dive dulu. Kadang-kadang kalau dia tak bergerak pun dia boleh save bola kerana bola ditentang tepat-tepat ke arah keeper. Tapi dia kalut lalu Spain kecundang dalam penalti shoot-out 4-5.



Semi Finals

1. France vs Germany

Perlawanan yang saya nanti-nantikan. Inilah masanya nak balas dendam ke atas Schumacher dan Germany. Tuan-tuan ingat lagi insiden 1982.

So the game start. France is hot favourite to win. But never-never ruled out Germany before the final whistle.

France lebih banyak attack daripada German. Then German dapat free kick. Penjaga gol France Joel Bats(Paris St. Germain) adalah hero dalam quarter final lawan Brazil. Dia telah menyelamatkan 2 penalti daripada 2 orang pemain terbaik dunia iaitu Socrates dan Zico. Now Andres Brehmer atau Felix Magarth yang angkat free kick saya tak ingat tapi bola tu Bats dah tangkap tapi terlepas dan masuk gol. Bats from hero become culprit. Ini berlaku di awal permainan. Jerman selepas gol itu telah berkampung dan berkehamah di hadapan gawang mereka. Hanya Klaus Aloff sahaja yang berada di atas.Nowadays they used the word ‘park the bus in front of your goalmouth’. Tak sangka Franz Beckenbauer tactics is to play negative way. This is not good for soccer attraction. Second half, Platini dan kawan-kawan mati akal bagaimana nak score dengan 9 orang defender Jerman. Pengadil pun bukan nak bagi penalti dekat France. At the last minute everybody in the France squad went up attack and the German suddently make a counter attack and Rudi Voeller score German second goal in a dying minutes. So The German again has the last laugh over France. 2-0.



2. Argentina vs Belgium

Tuan-tuan percaya tak, ada orang yang bet Belgium menang. Saya nak tergelak kerana takkan lah Belgium nak masuk final. Tetapi memang ada. So the game start dan at one time berlaku pergelutan di depan gol Belgium dan terkena tangan Maradona lalu Referee bagi fault pada Maradona. Komentator tu punyalah suka Maradona kena kad and He said: his not going to get away this time. Dia memang masuk sebelah Belgium. Maradona sekali lagi seolah-olah dia mendengar Komentator tu dok kutuk dia, once again dia dribble 3-4 orang defender Belgium dan score gol. He’s done it again kata komentator tu. What a tremendous solo effort. Kemudian Maradona buat sekali lagi solo effort and score again. Undoubtly he is the best player in the world kata komentator tu. Baru hang ada akai.

Argentina menang 2-0. Maradona dah menjaringkan 5 gol setakat ini.





Tempat Ketiga

France sekali lagi bertanding di tempat ketiga bertemu Belgium dan Platini tetap tidak bermain juga. France bermain bermati-matian kerana nak menyamai pencapaian squad Perancis tahun 1958 yang menduduki tempat ketiga. The game is very exciting. Belgium pun nak mencipta sejarah menduduki tempat ketiga. Sebenarnya Belgium telah mencipta sejarah dengan memasuki separuh akhir. Perlawanan menarik kerana kedua-dua pasukan saling serang –menyerang. Kedudukan 2-2 masa 90 minit. Selepas extra time France menang 4-3.



Final

Yang ditunggu sudah tiba. Tuan-tuan dan puan-puan sekelain, sebaik sahaja Maradona turun daripada kapal terbang semasa tiba di Mexico City untuk menyertai pertandingan bola sepak piala dunia ini, para wartawan telah mengerumuni Maradona dan bertanya soalan bertalu-talu. Maradona berkata : we will be in the final and I hope to meet Germany in the final!. Miracle words ? One month later what he said has become true. After the first match against South Korea, Maradona said: we will win the cup.

Come on Maradona beat the German. The stadium is full with Maradona’s name and pictures. The game start with full of excitements. Argentina score the first goal through Luis Brown. 1-0 first half.

Second half : The Germans put on tight marking on Maradona. But still he make good passes and Argentina score again through Jorge Valdano 2-0. Just less than 15 minutes to go, Rumminegge score for German. 1-2.

Then less than 10 minutes to finish, The Mighty German score again through Rudi Voeller. Its 2-2 now. Remember typical comeback of Germany !. The German always never say die. Those days the Germans are die hard team. Nowadays all those merits are vanished from the German squad. What a pity.

Maka, bila kedudukan terikat 2-2, peminat termasuk saya mula gelisah. Tetapi one man Maradona meneruskan kehebatan beliau sehingga berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Jerman dan melorongkan bola kepada Burruchaga dan Burruchaga berjaya menewaskan si lahabau tu (Schumacher) and score gol. Menjadikan kedudukkan 3-2. Argentina memenangi Piala Dunia buat kali kedua.

Jerman menjadi pasukan yang paling banyak memasuki perlawanan akhir. Maradona tidak menjaringkan gol di perlawanan akhir supaya Gary Lineker (England ) dapat menjadi top scorer dan mendapat golden boot-sebagai satu consolation kepada England atas hand of God itu. Gary Lineker pula menjadi the only top scorer in the WC whose team never enter the semi-final. Saya rasa cukup puas tengok final ini. Secara keseluruhannya saya rasa cukup puas dengan piala dunia ini sehinggalah ke hari ini. Rahim Razali juga berpendapat sedemikian. Bila tamatnya piala dunia, keluar dalam surat khabar bahawa ramai suri-suri rumah rasa lega kerana selama sebulan mereka hanya peluk bantai sahaja !. Begitulah kerenah WC.

Sekian untuk episod kali ini. Jika diizinkan kita jumpa lagi.


KENANGAN WORLD CUP – EPISOD 5

World Cup 1990

World Cup 1990 berlangsung di Italy. Saya telah berumah tangga pada tahun 1989. Ertinya pada World Cup ini saya akan mengharunginya dalam keadaan mempunyai seorang isteri. Namun saya agak ‘terselamat’ kerana saya masih bertugas di Pulau Pinang sedangkan isteri saya bertugas di UUM, Kedah. Ayah saya yang dikasihi telah meninggal dunia pada 1 Jun 1990. (Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un). WC 1990 bermula pada 8 Jun 1990. Bermakna World Cup 1986 merupakan WC terakhir bagi ayah saya.

WC 1990 menggunakan format yang sama seperti 1986. Apa yang menarik ialah perlawanan qualifying dalam satu kumpulan Eropah terdiri daripada Germany, Holland dan 2 pasukan lagi. Sedangkan hanya satu sahaja yang akan layak ke WC. Holland adalah pemenang/ juara negara Eropah 1988, sementara German tidak pernah miss WC (kecuali yang pertama 1930 sahaja). Pendekakata WC tidak pernah berlangsung tanpa Jerman. Seolah-olah WC tidak sah tanpa Jerman. Juara Negara Eropah pun tidak pernah miss WC. Bermakna Holland juga tidak boleh miss WC. Perlawanan antara kedua-dua negara (Holland & germany) home & away, kedua-duannya berkesudahan dengan seri. Then Holland menjuarai kumpulan lalu layak secara otomatik ke WC. Jerman bernasib baik kerana terpileh bermain play-off kerana mempunyai mata yang tinggi berbanding kumpulan lain. So finally Jerman seperti biasa akan layak.

Now, Holland walaupun juara negara Eropah tetapi di letakkan dalam pool 2 not pool 1. Bermakna Holland tidak menjadi seeded dalam kumpulan. Yang menjadi seeded dalam kumpulan ialah seperti biasa Italy, Argentina, Brazil, Jerman, England (selalu seeded-anak emas FIFA kah?) dan surprisingly Spain. Kedudukan Holland, Spain dan Belgium pada ketika itu hampir sama kekuatannya. England terutamanya, mahu Holland terpileh ke seeded pool 1 supaya dapat mengelak Holland di pusingan pertama tetapi Spain yang terpileh. Maka dengan itu hampir ke semua pasukan dalam seeded pertama tidak mahu Holland berada dalam kumpulan mereka terutama Pasukan England. Apabila undian dijalankan maka Holland masuk dalam kumpulan England-(ambik ubat). Perlawanan antara England –Holland dijangka meletup kerana penyokong-penyokong England telah terkenal dengan hooliganismnya sejak 1985, begitu juga dengan penyokong Holland juga kaki mabuk dan sering melakukan vandalism. Perlawanan yang dijalankan dalam kawalan ketat pihak polis Italy berkesudahan dengan seri 0-0. Kumpulan ini terdiri daripada England, Holland, Rep. of Ireland dan Egypt. 5 daripada 6 perlawanan kesemuanya berkesudahan dengan seri. Hanya jaringan gol sahaja yang dapat menentukan pasukan yang layak ke pusingan kedua.

Sebenarnya banyak perlawanan yang saya tidak ingat. (Saya mohon maaf).

Pasukan Rep. of Ireland saya rasa first time masuk WC. Pasukan ini di bawah jurulatih Jack Charlton- pemain squad piala dunia England 1966 yang memenangi WC dan adalah abang kepada Bobby Charlton –England all time top scorer. Sayangnya Liam Brady tidak lagi bermain untuk negara Ireland kerana sudah tua maka Ireland kekurangan play maker and striker world standard. Yang bagus dalam squad ini pada saya ialah Steve Staunton (Liverpool), Kevin Sheedy (Everton), Paul Mac Grath (Aston villa) dan John Aldrige (Liverpool). Ireland berjaya masuk ke second round dan bertemu Romania dan menang dengan Romania dalam penalti shoot-out tetapi kemudiannya dalam quarter final kalah dengan tuan rumah Italy.

Romania ada seorang player yang world class iaitu Gheorge Hagi. Hagi ini diberi jolokan Maradona of Europe kerana style bermain yang sama; antaranya, kedua-dua mereka menggunakan kaki kiri, memakai jersi no.10 dan menjadi kapten pasukan. Hagi bermain dengan kelab Real Madrid. Saya melihat Hagi seperti seperti kedudukan Platini dalam squad Perancis dahulu. Hagi memang hebat. A World Class playmaker.

Costa Rica . Pasukan first timer dalam WC mempunyai goalkeeper yang hebat iaitu Conejo. Mereka mengalahkan Scotland dan Sweden di peringkat kumpulan dan hanya tewas 0-1 kepada Brazil dan mara ke pusingan kedua. Ini adalah satu pencapaian bagi pasukan dari Central Amerika. Then they lost in 2nd round.

Brazil. Brazil berwajah baru. No more the fantastic trio (Socrates, Zico & Falcao). Yang saya ingat Branco & Careca (Napoli) only. Careca telah menjadi penyerang terbaik dunia ketika itu. Di peringkat kumpulan pun Brazil dah struggle nak menewaskan lawan. Dalam pusingan kedua, Brazil bertemu Argentina. Saya tetap menyokong Argentina dengan Diego Maradona. Namun seperti biasa rata-rata peminat Malaysia menyokong Brazil. Perlawanan hebat tetapi penuh dengan kekasaran. Saya takut juga kerana Brazil ada clean record dalam peringkat kumpulan. Namun Magnificent Maradona telah berjaya membolosi pertahanan Brazil dan melorongkan bola kepada Cannigia untuk menjaringkan gol. Argentina menang 1-0. Yahooo! Brazil memang nampak mandom. Rentak samba telah hilang. So the Brazilian will return earlier than their postcards.

Scotland memang telah termaktub dalam kitab WC bahawa mereka sekadar berada seketika di kejohanan sebagai pelengkap jumlah pasukan. Sekali lagi berada dalam satu kumpulan dengan Brazil. Player Scotland kali ini majoritinya bermain di Liga Scotland jadi saya tak berapa kenal. Hanya keeper Jim Leighton & midfielder Stuart Mc Call(Everton kut) bermain di Liga Inggeris. Striker Maurice Johston & Ally Mc Coist saya agak bermain di Liga Jerman –Tak pasti. Tapi kita kena sebut juga tentang Scotland ini kerana ia adalah sebahagian daripada Kepulauan British yang ada pertalian penjajahan juga.



England. Episod ini tidak lengkap kalau tidak sebut tentang England. Walaupun saya tak minat tetapi perkembangan mereka diketahui juga. Maklumlah masih ada pertalian penjajahan. Now England ada playmaker standard dunia iaitu Paul Gascoine (Spurs). Lineker masih bermain. Saya rasa Shilton terlalu tua untuk bermain. Bearsdley, Mc Mahon (Liverpool), David Platt (Aston Villa), yang lain dah tak ingat. Yang saya ingat perlawanan quarter final lawan Cameroon.

Cameroon. Cameroon menjadi champion group yang mengandungi bersama Argentina, Romania dan Russia. Tough group. Romania dgn Hagi, Russia dgn tak ingat dah. Dalam perlawanan pembukaan Argentina tewas kepada Cameroon yang terpaksa bermain dengan 9 orang kerana FIFA telah melaksanakan kesalahan tackle dari belakang oleh pertahanan terakhir (last defender) ke atas striker akan terus dikenakan kad merah. Then Cameroon beat Romania too. In second, they beat Columbia 2-1 dengan kemasukkan the new but veteran superstar Roger Milla. Roger Milla bekas pemain kebangsaan Cameroon dipanggil di saat-saat terakhir untuk mencukupkan bilangan pemain. Dan mula bermain apabila ramai pemain Cameroon yang digantung perlawanan kerana mendapat kad merah atau 2 kad kuning. Roger Milla tiba-tiba menjaringkan kedua-dua gol menewaskan penjaga gol Columbia Rene Higuita. Columbia sebenarnya ada sorang mangkuk ayun iaitu Carlos Valderama. Dulu mangkuk ini memang baguih. Pernah dapat South American footballer of the year. Tetapi lama-lama dia ini mula mendominasikan pasukan Columbia sehingga coach dan pengurus pun tak berani kata apa kepadanya. Inilah masalah Columbia, terlalu manjakan mangkuk ni. . Mangkuk ni pula naik tocang, rambut dia diwarnakan warna merah, dipintal-pintal macam sarang tebuan yang usang. Tapi main macam taik.

Then quarter final, Cameroon lwn England. Saya mestilah support Cameroon. Game ini saya ingat. Siapa menang jumpa Germany di semi final. England score dulu melalui Platt. Then Cameroon score 1-1. Then second half, Roger milla masuk dan Cameroon score 2-1. Perlawanan tinggal 6 minit nak habis. Tiba-tiba England dapat penalti. Lineker score 2-2. Celakoi betui defender. Extra-time. England dapat penalti lagi. Lineker score lagi. 3-2. Buta perut punya goal keeper Cameroon di tempat yang sama Lineker tendang pun dia tak boleh tahan. Saya rasa Rizal asrama pun boleh selamatkan bola tu. England menang. Cameroon dah bungkuih buat lap of honour pula konon. Bye-bye pula kat penonton. Nampak sangat game tu Cameroon macam tak mau main saja. Hanya Roger Milla saja yang nampak sungguh-sungguh. Tuan-tuan fikir tengok, England sedang leading 3-2, Cameroon boleh dok lenggang kangkong lagi. No urgency at all to atttack. Adakah patut ? Pada ketika saya tidak berapa percaya tentang jual game, bookie control the game, pre-determined game and all sort of it. But later on I realised that too many hanky-panky in most the games in the tournament that make me believe that match-fixing and bribery do occurred in WC. Furthermore, Italy as host nation is a bribery nest. Franz Beckenbauer selaku pengurus Jerman juga berasa pelik dengan game Cameroon tetapi dia gembira England menang kerana katanya bertemu dengan England lebih mudah berbanding Cameroon. He said: If Cameroon win, it will be more difficult since I don’t have stratergy yet to face them.

Italy. New-lined up. Italy as usual has a solid defence that is Franco Baresi ( AC Milan)-one of the best defender in the world, Bergomi-veteran defender, a new-comer Paolo Maldini (AC Milan); playmaker standard dunia iaitu Roberto Baggio (Juventus), Roberto Donadoni (Inter kut-lupa dah), keeper Walter Zenga(Inter), Vialli(Sampdoria) dan striker yang di masukkan kerana striker utama injured iaitu Slavatore Schilachi. Schilachi ini terus on form sehingga menjadi penjaring terbanyak kejohanan iaitu 5 gol sahaja. (Golden Boot winner). Tetapi after WC senyap terus Schilachi ini- terus pupus.

Saya tak ingat game-game awal Italy tetapi mereka seri dengan Argentina 1-1 then mereka kalah dalam penalti shoot-out. Semua pemain Argentina tendang masuk tetapi Donadoni dan seorang lagi player tak masuk. Hero pasukan Argentina ialah Goychochea –penjaga golnya. Penonton tuan rumah kecewa tetapi saya gembira kerana telah menjadi ‘senang’ sedikit apabila Argentina berjaya masuk final.

Argentina. The semi-final game against Italy had cost Argentina heavily kerana defender Argentina Giusti kena red card, Caniggia pick up his second yellow card so both of them will missed the final. Saya rasa (buruk sangka sikit) organizer tidak mahu Argentina masuk final dan tidak mahu Argentina menang WC. Bayangkan Argentina bermain dengan 10 orang dalam kebanyakkan perlawanan mereka. But Diego Maradona still manage to overpowered the opponents with the help of Buruchaga(Marsellies) and Cannigia (Napoli)-world class striker.

Germany. Germay is the most successful nation in soccer. Di awal episod 5 ini di nyatakan tentang Holland dan Germany. Could you believe both of them meet again in the second round. This time one of them must be out of the tournament. Holland mengalahkan Jerman dalam perlawanan separuh akhir piala negara-negara Eropah pada tahun 1988 di Jerman sendiri. Kedua-dua masih mempunyai barisan yang sama iaitu Jerman dengan 3 trio mereka Lothar Mattheus, Andres Brehmer & Jurgen Klinsmann –ketiga-tiga bermain di Inter Milan. Sementara Holland dengan 3 trio mereka iaitu Marco Van Basten, Ruud Gullit & Frank Rijkard-ketiga-tiga mereka dengan di AC Milan. Now mereka berjumpa di Italy pula-seolah-olah Inter vs AC Milan. Bagi saya game ini antara perlawanan terhebat dalam WC 90 ini-lebih hebat dari final! Telah berlaku kekasaran antara Rudi Voeller dan Frank Rijkard sehingga kedua-duanya di layangkan kad kuning. Then suddenly, Rijkard meludah ke muka Voeller lalu terjadi sekali lagi pergaduhan , maka pengadil telah memberikan kedua-duanya kad merah. Hancur! Now, saya tanya kawan-kawan saya ketika itu, siapa lebih rugi- Jerman tanpa Rudi Voeller atau Holland tanpa Rijkard ?

Pada saya Holland lebih rugi kerana Rijkard is one of the key player in Holland squad, sedangkan Rudi Voller is only one of the striker in German attacking line up. German still has their dangerous striker Klinsman to attack. But Holland now rely on Gullit to make passes to Van Basten up-front. So Holland lost 1-2.

Germany went on to play England in the semi-final. I hate both team and I don’t give a damned who will win. The game end up draw 1-1. Then penalti shoot-out. All German players score but Stuart Pearce (Notingham Forrest) failed to score. He cried. That’s was genuine sobbing. I feel sorry for him. When they return to England, he said to the press that he sworn not to take penalti again. Actually, I think Chris Waddle (Spurs-formerly) also missed the penalti.

So England will play Italian in the third placing play-off. I do not remember much about the game. Italy won 2-1.

Final. Germany vs Argentina. The repeat of 1986 Final. This time it played in Europe. Argentina had almost lost all of its first choice players. So Argentina with its second string face the mighty German. The German attacked more than the Argies. Then one Argentina’s player were sent-off. Again Argentina play with 10 men. In the second half, the unfit Burruchaga was replaced. Then centre back Ruggieri injured and replaced. To make the matter worst, German has been rewarded by the 100% biased referee( Mendoza from Mexico) a penalty. A good ‘acting’ by Jurgen Klinsman had influeced the idiot referee to awarded penalti to German. Franz Beckenbauer signalled to Mattheus to take it, but Lothar Mattheus ordered Brehmer to do the job. Argentina goalkeeper Goychochea who had save 2 penalties in the semi-final now face a never missed penalti taker Brehmer. Ready , eyerybody silence then Brehmer kicked the ball, curled it into the side-netting from inside the goal mouth. A 100% perfect penalti. Goychechea dive to the right side but fail to chalenge the speed of the ball. Its 1-0 to the Germans. To add further to Argentina calamity, another player sent-off. Now Argentina played with 9 men against the never say die German team. Even the great Maradona also find its a mountain to climb and there goes the final whitsle. The Germans has won the world for the third time and the legendary Franz Beckenbauer became the second man to win the world cup twice as a player and a manager. The first man was Mario Zagalo (Brazil).

This world cup is quite boring in the sense that not much goal had been scored. It is the lowest goal average in fact. The WC 90 final game is the most boring final of all time. Not because my favourite team lost, but the way the referee handled the game as it was pre-determined that the German must be given a winner. Permainan yang sangat berat sebelah. Penalti itu pun tidak patut diberi kerana Jurgen klinsmann sebenar berpura-pura jatuh. Tuan-tuan boleh tengok semula dalam rakaman. Apa-pun itulah WC. Apa-apa sukan pun mesti ada yang tak puas hati. Sekian !

Kita jumpa lagi –Jika Diizinkan.