Friday, November 13, 2009

Sapa nak beli dinar kelantan dengan harga RM500 sekeping

Buat pertama kalinya baru aku ada kekuatan nak berniaga melalui blog , aku memiliki 10 keping dinar kelantan yang sekarang kalau ikut harga pasaran telah mencecah harga RM521.00

Kalau beli dengan aku , aku kasi diskaun RM21 dengan harga RM500.oo dengan had 2 keping sahaja bagi setiap pembeli.


Tawaran sah sehingga 30 November 2009, kerana selepas tarikh itu harga emas dunia akan berubah..

cepat sapa cepat dia dapat.

hubungi 019-2692651 Tokeimas

Nur Kasih

Drama TV3 ni benar-benar berhantu, syabas kepada pengarah, penulis skrip dan barisan pelakon, TV3 memang pandai buat duit melalui iklan. Aku cuma teringin nak tengok balik drama retro terbitan rtm seperti opah dan drama minggu ini. Aku ingat pelakon-pelakon seperti Haslina kamsam, Nd Lala, Razali Buyong, Normala Omar Mubarak Majid , Abu Bakar Omar dan ramai lagi yang aku masih ingat rupa tapi lupa nama. A or S Sahlan dan Marlia Musa. Bikin panas saja si Sarah ni, dok perangat si Liya supaya jeles dengan Nur. Not Bad.

Friday, September 4, 2009

lepas raya

Alhamdulillah, lepas raya bersemangat pula nak bekerja, maklumlah aku ni bukan lah malaikat dan banyak juga curi tulang masa bulan puasa, aku rasa nak tebus balik dalam bulan syawal ni, apa yang aku tertinggal di bulan ramadhan.

bulan october ni bekas boss aku Miss Wong Fook Lian akan bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan, selepas 31 tahun berkhidmat, beliau pencen dengan jawatan JUSA C. Masa aku berkerja di bawah penyeliaannya selama 6 tahun, sering saja aku berselisih faham dengan beliau, banyak perkara yang aku tidak sefahaman dengan beliau, tapi aku akui beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang tinggi dalam bidang kerja (kimia analisis) , terlalu banyak juga jasa beliau dalam membentuk perjalanan kerjaya aku dalam perkhimatan awam, terima kasih miss Wong. Sekurang2nya aku boleh mengaku aku agak berpengalaman walau bukan pakar dalam peralatan ICPMS/OES.. sekali lagi terima kasih miss Wong.

Sekarang boss aku adalah Puan Rahmah yang juga akan pencen wajib tahun depan...hail the boss.

Tuesday, August 11, 2009

melawan bos

Aku mengambil langkah drastik untuk menolak dengan agak kuat tawaran tugasan tambahan dari bos aku yang berjawatan utama sektor awam gred khas C. Aku rasa aku tak pakar dan layak dalam kerja yang diberi.. orang lain ada kenapa suruh aku?agak keanak-anakan alasan aku tapi yang ni aku memang tak boleh terima. Maaf bos, tolong bagi kat orang lain yang lebih komited dan cekap bekerja.

Akhirnya aku di cop pegawai bersikap negatif oleh boss. Tak apa lah... rezeki ditentukan tuhan bukan dia. lagi pun aku diberi pilihan untuk menolak, lain lah kalau dia kata macam ni.."by crook or by hook" you mesti terima tugasan ini.

Terpaksa lah den buat jugak.... nanti kena fire lak

Tuesday, July 28, 2009

3 minggu yang panjang

Penat, itu saja yang tepat untuk ku gambarkan apa yang aku lalui sejak 1 Julai yang lalu,

ke mahkamah di penang (2 hari) , hari terbuka jabatan , kursus, menjadi koordinator kursus, menjaga keranah bos yang demanding (bos cerewet) ... nasib baik Dr Wolfram Bremser, penceramah yang ku jemput dari Berlin, Germany untuk kursus ini amat senang sekali untuk di tangani, tidak cerewet (ayat P Ramlee). Bulan Julai adalah hari lahir aku dan isteri.

Dalam bulan Julai juga aku dilantik buat kali pertama menjadi AJK Penilai sebutharga jabatan, walaupun dah terlepas date line 17 Julai, aku minta tangguh penilaian (hari ini baru hantar)

Bulan Julai... kematian pengarah filem yang aku kagumi Yasmin Ahmad.

Bulan Julai Kedah bergelut nak dapatkan tempat ke 3 liga super .

Bulan Julai aku selsema dengan teruk sekali (bukan H1N1) selama lebih 3 minggu syukur dah hampir pulih semalam.

Wednesday, June 17, 2009

susah jugak nak menulis ni

masa baru buat blog ni memang semangat berkobar2 nak menulis, rupanya memang sukar kerja menulis ni, perlu komitmen yang luar biasa, saya dapat bayangkan bagaimana penulis blog yang saya minati contohnya saudara Abracadabra memberi kesungguhan dalam setiap penulisannya yang bagi saya ada jiwa. Itu adalah bakat semulajadi kurniaan ilahi, semoga beliau akan sentiasa menulis buat tatapan saya yang malas nak menulis sesuatu dalam blog walaupun sering semasa memandu sering saja timbul idea nak bercerita sesuatu kepada sesama manusia.

Tuesday, June 2, 2009

pendatang asing dan taman KLCC

aku mendengar berita dari radio yang mengatakan bahawa taman klcc sering dikunjungi pendatang asing, tapi tiada butiran samaada pendatang asing tersebut adalah PATI atau PADI, PATI (pendatang asing tanpa izin) dan PADI (pendatang asing dengan izin). Pendatang asing tersebut adalah PADI yang bekerja mencari rezeki di negara kita contohnya dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India, Vietnam, Nepal dan lain-lain. Tapi rasanya yang lain-lain tersebut mungkin tidak termasuk dari Amerika Syarikat, negara Eropah, England ataupun Singapura.

sekiranya PADI apakah salah mereka, mereka tidak melanggar hak asasi mereka untuk melawat taman KLCC seperti mana penduduk tempatan atau pelancong-pelancong dari Jepun, Korea, Singapura atau dari Eropah , England maupun Amerika.

Apa masalahnya?... sekiranya pekerja-pekerja tersebut adalah dari negara-negara Eropah atau Jepun mau Korea , dan mereka memenuhi setiap inci taman KLCC, masihkah menjadi masalah...

saya menyokong sekiranya PATI dilarang ke taman KLCC. logikanya , mereka tidak punya izin dari imegresen untuk masuk ke Malaysia apatah lagi nak ke Taman KLCC. Bahasa aku pun dah macam PADI atau PATI

satu lagi rupa saya pun ada sikit2 macam PADI atau PATI, adakah saya juga akan dilarang ke taman KLCC, sekiranya ya... kenapa? harapan penulis, jangan salahkan nyamuk kelambu dibakar.

Thursday, May 21, 2009

Aku mencari mana dia As Shafie

Sebenarnya aku mencari Shafie bin Hamid, rakan sekolah ku dan satu asrama di sekolah menengah Tunku Abdul Malik Alor Merah Alor Setar Kedah. Entah kenapa dalam ramai-ramai kawan sekolah aku rindu nak jumpa dia. apa istimewanya??

Kawan ku itu tiadalah sekacak Rajnikhan , pelakon tamil tersohor dari India tu, ( aku minat cerita sivaji the boss) tapi kulitnya sama. kali terakhir aku berjumpa dengannya adalah dirumahnya.. yang aku jejaki bersama-sama rakan ku yg lain semasa aidilfitri kira-kira 10 tahun yang lalu. Peliknya aku ini, aku tiada idea bagaimana aku boleh lupa jalan kerumahnya... dan itulah kelemahan aku sebenarnya... melayu mudah lupa.... tapi aku tak pernah lupa pada kawan ku Shafie yang seorang ni....

Kehidupan di asrama memang indah...kalau diberi pilihan " back to the future" akan akan ke dorm lekir dan tidur di atas katil 'double deck' dengan Paklong rakan seperguruan silat gayong dan gerak kilat dibawahnya.

Shafie ni sebenarnya penghibur kepada kami ketika tekanan datang melanda. tekanan dari proses pembelajaran , dari warden , kerinduan pada keluarga... walaupun jarak rumah dan asrama hanyalah lebih kurang 30 Kilometer saja.

Shafie bukan pelawak... dan bukan kerjanya berlawak, tapi setiap tingkah lakunya dan tutur katanya selalunya lucu dan aku rasa 'release' sekali....

Aku belajar di aliran sains tulen yang memenatkan.... 'the expectation' sangat tinggi dari para guru. Shafie pelajar aliran sastera yang sebenarnya juga ada kebijakan nya yang tersendiri... zaman aku sekolah dulu , pelajar aliran sains dikategorikan pelajar bijak, tapi realitinya.. aku mengaku ... bila hidup dialam nyata bukan ilmu akademik sahaja yang akan menentukan pilihan kita bijak atau tidak. Shafie bagi aku juga bijak dari emosinya dan spiritualnya..... aku rasa beliau kurang risiko mendapat penyakit orang kaya (diabetis dan darah tinggi).

Pie , panggilan manja kami kepada beliau...

Pie kalau hang baca atau anak hang atau bini hang baca blog merapu aku ni... sila hubungi aku...

Sirun...
ni amik nombor emel aku

hasirun@yahoo.co.uk

Wednesday, May 20, 2009

Pasal apa aku nak menulis

Aku tak ada bakat menulis dan jika ada sedikit sahaja... itu yang pasti... kenangan dulu masa tingkatan satu subjek yang aku paling minat Bahasa Melayu/malaysia.... teringat kat cikgu Noraini.... aku respek cara dia mengajar.. walaupun sekolah aku, Sekolah Menengah Muadzam Shah Kota Sarang Semut Kedah... tapi beliau tak pernah keluar sepatah pun loghat kedah masa dia mengajar...

Kenapa aku minat BM...

1. sebab itu je la subjek yang paling mudah bagi aku jika dibandingkan matematik, English dan sains....(ikut ranking kesusahan)... dan aku suka merapu dalam karangan BM...

2. aku suka membaca buku cerita , novel cerpen dalam BM, jadi kadang-kadang aku copy paste kedalam karangan setiap kali peperiksaan, dan aku selalu score subjek BM di tingkatan satu.

realiti... selepas berpindah sekolah ... di tingkatan 2 di Sekolah Menengan Tunku Abdul Malik, Alor Merah, Alor Setar Kedah, minat ku terhadap subjek BM merosot sama sekali bukan itu saja score aku dalam peperiksaan melibatkan subjek BM juga merosot. Puncanya ?? yang pasti bukan sebab cikgu Noraini....aku terpaksa menanam minat terhadap subjek yang aku meluat sebelum ini....you all pun boleh agak apa subjeknya... Matematik, sains dan english..... subjek boleh cari makan kata orang.... akhirnya minat dan semangat untuk menulis padam sejak itu.

tapi aku masih suka membaca novel atau cerpen dalam bahasa Melayu.... tapi sekadar hendak melepaskan tekanan belajar subjek cari makan tadi.

selepas sekian lama... sekarang ni (tahun 2009) baru aku menggatalkan tangan untuk menekan papan kekunci notebook aku.

aku mohon maaf kepada pakar bahasa Melayu yang mungkin membaca tulisan ini (terima kasih) sekiranya terdapat bahasa rojak dan tatabahasa yang menjolok mata. maafkan saya budak baru belajar.

berbalik kepada tajuk posting ini... kenapa aku nak menulis....
1. aku nak luahkan pengalaman dan pemikiran aku kepada dunia (world)...macam lebih kurang syok sendiri jugak laa

2. aku nak mendekatkan diri kepada makhluk Allah di alam ghaib (alam cyber la)... aku tak nampak tapi memang ada orang dok sentiasa melayari internet setiap masa.... kome lah makhluk Allah di alam Ghaib.

3. aku banyak membaca laman web, blog orang lain, yang amat menarik dan menimbulkan ketagihan aku untuk membaca.

4. Bisness ... aku nak jadi usahawan emas.... nanti aku akan jadi agen jual emas dan aku nak cari customer melalui alam cyber yang luas ini....

4a. Kenangan manis untuk dikongsi....

5. dan yang paling sukar...mencari keredhaan Allah...kalau mampu.

Selamat hari guru buat;

1. Cikgu Habsah... guru yang pertama mengajar aku mengenal huruf A B C ... mengeja dan membaca serta menulis... masa aku darjah satu... (aku tak sempat masuk tadika sebab zaman aku tadika tu bukanlah perkara biasa tapi sedikit luar biasa)

2. Cikgu Rokiah.... darjah 2

3. Cikgu Rosli .. cerita sang kancil yang begitu original sekali. darjah 1 sampai 6
3a Cikgu Norma seksi-- darjah 4 (english) sampai sekarang aku tak faham subjek grammer.
4. Cikgu Noraini....Form 1
5. Cikgu Siti Hajar - Kimia
6. Cikgu Norhayati - add math
7. Cikgu Noriah- Biologi
8. Cikgu CC Lan - Fizik
9. Ustaz dan ustazah...serta musyrif2 Hizbut Tahrir
10. semua guru2 ku dari sekolah rendah hingga ke IPT....
11. Isteri ku juga seorang guru BM....
12. Aku juga pernah jadi guru Tuisyen



Alhamdulillah....

Dengan nama Allah yang Ar Rahman dan Ar Rahim ... akhirnya aku berjaya menghasilkan blog aku sendiri..yeaaaa... akhirnya aku termasuk kedalam golongan orang celik IT walaupun aku rasa hanya sekuman besarnya ilmu IT ku ini jika dibandingkan dengan graduan IT IPT.....

namun syukur... tuhan bagi nikmat yang besar sampai aku berupaya menghasilkan blog sendiri ...dimana ramai lagi manusia di luar sana... tidak pernah menyentuh papan kekunci rasanya...