Tuesday, August 24, 2010

Aku, Piala Dunia dan Volvo 244GL

Jika posting aku sebelum ini adalah copy paste dari manusia berbakat menulis, kali ini aku cuba menukilkan sesuatu. Aku tidak sedar atau ingat bagaimana aku boleh terlepas untuk menikmati piala dunia tahun 1986 yang berlangsung di Mexico. Aku salahkan promosi media pada waktu itu yang tidak agresif untuk mengiklankan temasya sedunia. Walaupun aku masih disekolah rendah (darjah 5) namun aku cukup mumayyiz untuk menonton. Tapi jawapan yang lebih tepat, aku sebenarnya langsung tidak mempunyai nafsu terhadap sukan bola sepak pada usia 11 tahun seperti mana juga nafsu kepada wanita. Tapi jangan kau, budak sebaya aku dan lebih muda telah pun menikmati demam piala dunia 1986. Piala dunia 86 pun berlalu tanpa aku sedari siapa jua pemenangnya. 4 tahun kemudian aku berada di tingkatan 3 (WC 1990) di saat itu aku sudah mula belajar atau bermain bola bersama rakan seasrama. Seingat aku kalau lah aku tak bersekolah di sekolah menengah berasrama aku tak akan dapat menikmati sukan yang amat seni dan penuh nikmat iatu bolasepak. Tahun tu (1990) aku baru kenal siapa itu Maradona dan pasukan pertama aku sokong ialah Argentina. Maklumlah dah ting. 3 , nafsu kepada wanita sama naik dengan nafsu kepada bola. Tapi aku masih tidak passion dengan sukan ini dari segi menonton perlawanan secara langsung. Kemudian tiba EURO 1992 dimana aku semakin bernafsu kepada wanita dan bola sepak, aku paling ingat pasukan eropah yang handal seperti belanda dan german yang menguasai EURO 1992 tapi akhirnya Denmark membuat kejutan, aku bisa boleh bangun pagi untuk menonton di dewan makan asrama bersama 2-3 orang peminat fanatik.
Dan pada tahun 1992 aku rasa skil aku sebagai pemain bolasepak berada ditahap tertinggi (untuk aku) kerana boleh dikatakan setiap petang selepas waktu sekolah akan turun bermain di padang bola, satu kelebihan untuk mereka yang tinggak di asrama , kerana berhampiran dengan padang bola sekolah , dan kebetulan sekolah aku mempunyai fasiliti padang bola sepak yang antara yang terbaik di Alor Setar pada masa itu. Bayangkan ada dua padang bolasepak bersaiz profesional dan 2 padang yang bersaiz padang hoki. Alangkah nikmatnya pada waktu itu , tak perlu booking padang terlebih dahulu , tak perlu bayar, (bila dah dewasa aku betul2 menyesal kerana tak betul menikmati alam persekolahan terutamanya dalam sukan bola sepak, sebab sekarang semuanya berbayar dan harus booking dahulu). Setiap tahun pihak asrama akan menganjurkan liga bolasepak, seingat aku hanya sekali menjadi juara dan selebihnya tewas tanpa sebarang piala. Untuk mewakili sekolah pula bakat dan fizikal ku agak kurang untuk bersaing mendapat tempat, kerana terlalu ramai pemain yang berbakat besar, team sekolah aku pada masa itu juga adalah pasukan handalan, tapi selalu kena belasah dengan pasukan Kolej Sultan Abdul Hamid, satu-satunya sekolah sukan pada waktu itu d Alor Setar. Tapi dengan lain sekolah hang jangan try. Asrama sekolah ku juga mempunyai ramai pemain handalan dan aku juga boleh bermain diposisi pertahanan (pada mulanya) dan dihujung akhir tahun ditingkatan Lima aku boleh bermain diposisi sayap, dek kerana kecil tubuh ku dan laju larian ku, tapi semua hanya tinggal kenangan kerana bila dah masuk U aku terus berhenti bermain bola. WC 1990 tidak meninggal impact yang besar dalam hidupku.
World Cup 1994 pula berlangsung di USA, aku telah pun berada di menara gading (pusat asasi sains UM) dan kali ini aku tertarik dengan permainan pasukan Brazil. Bagi aku Brazil amat unggul dan menghiburkan cara permainan mereka dan dengan terkeluarnya Diego Maradona dari WC94 sebab dadah, Pasukan Argentina adalah pasukan kegemaran ku yang nombor dua selepas Brazil sehingga ke hari ini. Kali ini dengan meniti alam remaja kedewasaan (dah lepas SPM beb) aku mula belajar untuk passion dengan menonton perlawanan bola sepak. Bagaimana pula dengan aku dengan permainan bolasepak di Universiti. Amat mengecewakan, aku sukar mendapat game yang aku boleh enjoy dan bermain. Di menara gading ini juga himpunan besar bakat2 besar pemain bolasepak yang mana datang dari seluruh pelusok Malaysia, dan sekiranya sistem sukan bolasepak peringkat Universiti pada masa itu bagus aku kira ramai yang menjadi pemain bertaraf pro. Aku pula dek kurangnya bermain sudah mula menjadi kaki bangku, ada faktor menyumbang terutamanya sikap aku yang tidak pandai mencuri peluang untuk bermain bola, sentiasa merasa rendah diri dek keciknya tubuhku tambahan lagi tiada kaki/geng yang boleh aku join. Mungkin ramai rakan-rakan aku waktu tu ulat buku atau pun kaki game judi kuda atau terlibat dengan gerakan bawah tanah (parti pembangkang). Tapi yang bagusnya aku semakin passion untuk menonton siaran langsung perlawanan bolasepak. Piala Dunia 1994 menyimpan kenangan yang tersendiri kerana aku sudah mempunyai pasukan favorite iatu Brazil, dan selama 4 tahun lagi sebelum ke France 1998 aku mengharungi suka-duka sebagai mahasiswa Universiti Malaya yang semakin passion menonton dan bukannya bermain bola sepak.
World cup 1998 di France, akhirnya aku menamatkan pengajian ku di menara gading dan mendapat segulung ijazah kepujian, aku menamatkan peperiksaan akhir pada bulan Februari 1998 dan mula masuki alam pekerjaan pada bulan Jun 1998 dimana bulan piala dunia 1998 di perancis bermula. Aku menjawat jawatan sebagai Jurutera pelatih di sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Kapar, Klang, Pihak syarikat menyediakan sebuah rumah teres dua tingkat untuk aku berserta satu set TV dan aku menikmati perlawanan bola sepak yang sudah semestinya pasukan Brazil menjadi idaman. Masa ni aku dah mula menggatal nak kahwin dan kepingin mahu ada awek, jadi sebagai seorang yang berpendidikan sains tulen, boleh lah diungkapkan bahawa passion aku terhadap bola sepak berkadar terus dengan minat ku terhadap wanita dibantu dengan faktor pekali usia. Aku kecewa dengan permainan Brazil di final, aku memang cemburu dengan France sejak dari tahun itu tapi mula adore Zinedine Zidan sejak saat itu. Piala dunia 1998 amat bermakna pada tahun itu juga aku iatu pada bulan Ogos , berlangsung majlis konvokesyen di universiti tempat aku belajar dulu, rezeki aku agak murah kerana belum pun di kurniakan sijil/ kertas ijazah aku sudah mempunyai pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan. Mungkin berkat doa dari ibu dan bapa. Tahun 1998 adalah tahun Malaysia menerima tempias penyangak matawang George Soros. Dalam bulan Ogos 1998 juga aku meletakkan jawatan sebagai Jurutera di kilang dan menyertai perkhidmatan awam atas nasihat ayah dan rakan-rakan dan memegang jawatan dalam kumpulan pengurusan dan profesional. Walaupun Brazil tewas dengan cara yang agak memilukan, tetapi ironinya tahun 1998 bermulalah alam dewasa ku, untuk belajar hidup berdikari berkerja mencari rezeki untuk menbantu ayah dan emak dan adik-adik di kampung. Usia aku baru mencecah 23 tahun. Bermulalah era di mana aku perlu beri duit pada ayah dan mak, tak seperti mana setahun sebelum itu aku sering mintak duit kat ayah. Taraf permainan bola sepak aku pula semakin merosot, walaupun aku cuba bermain tetapi aku tidak mendapat rentak seperti semasa di sekolah menengah dahulu. Aku rasa sudah terlewat untuk aku menjadi pandai dan cekap bermain bola sepak. Biarlah aku menjadi penonton yang setia.
Piala dunia Korea/Jepun 2002. Sudah hampir empat tahun aku berkerja di sektor awam, rasanya mungkin sampai pencen, sepanjang 4 tahun banyak cerita suka dan duka. WC 2002 adalah yang paling kenangan yang paling manis. Pertamanya: Kejohanan ini berlangsung di Asia dan siaran langsung dan tertundanya amat ‘friendly’ sekali dengan penduduk asia khususnya di Malaysia, tak perlu bersengkang mata untuk menonton perlawanan kesukaan, sekali lagi aku menaruh harapan yang tinggi kepada pasukan Brazil untuk berjaya. Kali ini brazil memilih malaysia sebagai ‘sparring partner’ dalam perlawanan pemanas badan yang berkesudahan Malaysia tewas 4-0 , gol-gol cuma hadir di separuh masa kedua. Ramai yang meragui kekuatan/kemampuan Brazil termasuklah aku, bergelut di peringkat kelayakan dan memilih pasukan lemah (malaysia) sebagai persiapan. Namun Piala dunia 2002 adalah yang paling manis buat skuad Brazil dan aku kerana Brazil menang World cup, dan aku pula boleh menikmati perlwanan membabitkan Brazil serta pasukan-pasukan lain tanpa tekanan untuk bangun pagi dan menjejaskan waktu kerja, aku masih ingat hari jumaat , perlawanan peringkat suku akhir diantara Brazil dan England secara langsung di TV3 selepas solat jumaat, aku kebetulan baru habis kursus dekat Intan Bukit Kiara, bestnya... tak tau nak cakap. Cuak juga England lead 1-0, hasil jaringan Michael Owen , di atas kesilapan pertahanan Brazil , Lucio. Lucio sekarang kapten untuk skuab brazil 2010, pada 2002 Cafu jadi kapten. Tapi kecemerlangan Ronaldinho dan rakan-rakan, England tewas 2-1, jaringan Rivaldo dan Ronaldinho, frust aku Ronaldinho tidak dipilih untuk skuad 2010. Bukan sebab Brazil sahaja yang menyebabkan WC 2002 istimewa dalam hidup aku, tahun 2002 juga adalah titik tolak perubahan hidup aku dari segi kerjaya, cinta, harta dan keluarga.
Aku dalam tahun 2002 telah membeli sebuah kereta volvo klasik model 244 yang tua sedikit dari dari model 240, dengan harga RM4500.00, tapi bukan satu biji volvo, dengan harga RM4500.00 aku dapat 2 biji volvo, yang lagi satu telah pun di sita DBKL kerana tuannya salah parking, aku terpaksa beli2 dua-dua kerana beli satu pun harganya tetap RM4500.00 , rasanya tuan volvo tu bagi hadiah kut kat aku kerana sanggup beli kereta volvonya. Tuan punya volvo adalah seorang bekas Imam yang uzur dan terlantar sakit kerana stroke, rumah beliau di Cheras, anak-anak dan Isterinya setuju untuk jual kereta lamanya kerana tiada siapa pun dari keluarga beliau ingin mewarisi kereta tersebut. Kondisinya masih baik, Cuma aku perlu repair sikit2 sahaja dan terus boleh pakai dan selalu berulang alik dari KL ke Alor Setar (balik kampung). Kenapa orang muda seperti ku pakai Volvo 244 bukannya Volvo S40, jawapannya:
1. Aku tak cukup duit nak beli Volvo S40 cash, buat loan pun rasanya tak lepas.
2. Aku tak suka buat loan beli kereta baru terutamanya kereta proton.
3. Aku beli kereta cash tak payah nak pening lagi fasal riba dan nak bayar ansuran bulanan.
4. Aku sebenarnya bayar Volvo 244 tu dengan ansuran 500 sebulan dan tak sampai 6 bulan dah habis bayar. Lega aku tak ada hutang dengan bank yang ada unsur riba.
5. Sebenarnya pakai volvo 240 atau 244 tak susah nak repair kerana banyak mekanik pakar volvo kat Malaysia ni dan spare part pun mudah.
6. Penghujung tahun 2002 aku jatuh cinta. Ha ha ha, dating dengan awek pakai kereta Volvo.
7. Kereta Volvo aku buatan dan dipsang di sweden dan keluaran tahun 1980. dah tua jugak ler usia dia, tapi body masih mantap macam awek aku jugak.
Tapi aku bukan nak cerita pasal Volvo aku, cumanya World cup tahun 2002 adalah yang paling manis kerana kenangan dan peristiwa penting dalam sejarah hidup ku.
Bila lagi World cup akan diadakan di negara asia timur seperti Jepun, Thailand, Indonesia atau korea Utara. Malaysia? Tak payah laaa, mengabiskan duit rakyat jer nanti.
Dalam tahun 2002 juga, selepas musim world cup sekitar bulan september hingga disember aku jatuh cinta dengan seorang gadis yang sangat jelita, namum akhirnya aku kecewa cinta ku tidak diterima. Kereta volvo ku juga mengalami kemalangan yang agak serius dipenghujung tahun 2002. Ya, tahun 2002 meninggalkan penuh kenangan manis(World cup 2002) dan pahit. Aku hanya menanti kedatangan WC 2006 dengan penuh harapan.
World cup 2006 di Germany
Aku telah pun berumah tangga pada tahun 2005, dan pada 25 Jun 2006 aku menimang cahaya mata ku yang sulung , Jadi pda WC 2006 aku sudah bergelar seorang bapa. Banyak perkara yang berlaku sepanjang 4 tahun dari WC 2002. Aku frust dengan awek yang aku gilai, cinta aku di tolak sebab bukan pasal Volvo tetapi dia dah ada pilihan sendiri yang lebih ganteng, hensem dari aku, dan semestinya pakai kereta proton, aku pula berkahwin dengan cara family matching. Volvo aku pula telah mengalami kemalangan beberapa kali disebabkan kecuaian pemandu iatu aku dan member aku.
Aku terpaksa menelan prinsip aku dahulu terhadap kereta proton, Aku terpaksa membeli sebuah kereta proton saga iswara edisi 2004 (kereta kebal) dengan loan kerajaan (konvensional) yang ada riba juga sebanyak 2% (tapi ada juga kata 4%). Kereta kebal aku tu full spec berharga RM37,700.00. Mahal jugak untuk model lapok seperti itu. Pada tahun 2006-2007, proton telah turunkan harga kereta kebal tu sebanyak RM10,000.00, jadi harga basic nya lebih kurang RM26,000.00. Kualiti setaraf harganya. Tapi alhamdulillah rezeki juga, jangan dihina. Aku redha dengan rezeki anak dan isteri aku. Dengan kereta inilah juga aku boleh hantar anak ke nursery/pusat penjagaan kanak2 setiap hari. Berkat juga beli kereta kebal ni.
World cup 2006, aku masih menyokong Brazil dan Ronaldinho telah pun mendapat gelaran pemain terbaik dunia dan eropah. Tapi rezeki Brazil agak berat dalam WC 2006, kalah kepada Perancis (kalau tak salah di peringkat ke dua /suku akhir). Ronaldinho dikecam oleh rakyat Brazil dan patungnya di Brazil juga telah di rosakkan, depa dah lupa jasa Ronaldinho pada WC 2002. Final World cup paling bosan dalam hidup aku, sebab aku tak minat Italy dan menyampah dengan France, walaupun meminati Zinedine Zidan. Aku tak tengok pun live final WC2006. Cuma menonton siaran ulangan. Tapi aku rasa Brazil akan menonjol di World cup 2010 nanti. Zinedine Zidan dikenakan kad merah sempena persaraan beliau di arena antarabangsa, dunia tidak lagi dapat melihat skil Zidan yang menakjubkan selepas ini. WC 2006 berlalu tanpa sebarang impak besar dalam hidup aku, tiada kenangan manis Cuma, mungkin musim WC 2006 aku sibuk dengan cahaya mata sulong, sibuk belajar menjadi Ayah, bayi lelaki ku pula sering menangis setiap mala, jadi sukar nak enjoy games secara live, lagi pun aku sering berada di kampung (isteri dalam pantang) hanya game membabitkan brazil sahaja yang sempat aku layan. WC2006 adalah world cup yang paling kurang warna-warninya dalam hidup aku. Tapi sebagai seorang lelaki, saat menimang cahaya mata di musim kejohanan bola sepak amat syahdu sekali, syukur kepada Allah, anak ku sihat dan sempurna fizikalnya. World cup 2006 pun berlalu tanpa kemeriahan seperti yang ku nikmati di WC 2002.
World cup 2010
Aku masih pakai kereta kebal, dan yang paling best aku dikurniakan Allah seorang lagi cahaya mata, kali ni perempuan pula, jadi dah dua orang anak ku yang akan ku hantar ke pusat penjagaan kanak-kanak setiap hari dengan proton ‘kereta kebal’ , world cup 2010 kali ni gah sekali, pertama kali di adakan di benua Afrika. Isteri ku bermurah hati membeli TV baru LCD 32 inci full HD, Cuma aku belum mampu nak pakai astro beyond, tapi menonton tv baru ni memang menarik. Seperti biasa, pasukan kegemaran ku Brazil, menjadi pilihan utama, disamping sepanyol, england dan Argentina, tapi malang bagi England, team ni hanya kuat dan mantap di atas kertas, terkial2 nak mengalahkan Algeria dan Slovakia atau USA dipadang. Memang sukar bagi England diatas status pasukan pilihan dan pemain bertaraf bintang EPL. England tewas trajis 4-1 dengan Jerman. Semua orang tahu Sepanyol juara buat pertama kali, ini mengesahkan liga Primera Spain lebih berkualiti dari EPL apatah lagi Serie A.
Aku akhiri posting yang paling panjang dengan impian untuk membeli kereta volvo di world cup yang akan datang, mungkin di 2018, InsyaAllah jika ada rezeki.

No comments:

Post a Comment