Wednesday, August 24, 2011

Aku, Dia dan Volvo 244 GL (pertemuan pertama)

Dalam kesamaran dan gerimis di malam itu tanggal 1 Ramadhan 2002, Dia menungguku diluar rumah, berbaju putih berlengan panjang dan berseluar panjang sederhana gelap. Dia tinggi, berkulit putih, hidung nya mancung tapi bukan seludang , hanya sederhana dan aku suka melihat hidungnya. Pipinya pauh dilayang. Rambutnya lurus separas bahu. Bonusnya bila Dia senyum sepasang lesung pipit di pipi menambah lagi manis wajahnya. Maha suci tuhan. Dia memangg cantik, cerita Dia, keturunan Dia dari sebelah nenek berbangsa Cina. Patut pun, “Chinese look” tapi mata Dia cantik. Mata Dia tidak sepet. Mata Dia cantik. Ada lagi. Bibirnya cantik sekali persis bibir seniwati dari eropah. Di pejabat aku sering menjamah pandang jari-jemari Dia yang halus mulus dan runcing. Perut Aku yang lapar bisa kenyang hanya saja memandang dahinya, hidungnya, bibirnya dan jari jemarinya. Di pejabat Dia bertudung tapi aku masih menyaksikan kecantikan bayangan payu dara Dia di sebalik tudung dan baju kurung. Bukan. Bukan kerana Dia memakai fabric jarang. Bukan. Bayangan itu biasa bagi si gadis bertudung tidak mengikut syariah sepenuhnya. Ya betul. Dia bertudung tetapi bukan berjilbab. Dia sempurna di mata jantan ku. Dia memang cantik. Dan aku semakin gila suka kepadanya. Aku ingin mencium harum rambutnya. Maaf musyrif usrah ku, Aku telah di kuasai setan.

Dia: “Dah jumpa kawan encik tadi?”

Aku: “Tak sempat, dia tak ada kat rumah, ada hal lain kut, saya terus ke sini, Ratna Sari “free” ke ni?”

Dia:”kawan tu tinggal dimana?” Dia menyoal memula bicara.

Aku: “Seksyen 6”. “Tak apa lah, tak dapat jumpa kawan boleh jumpa Ratna di sini.”

Aku berbohong. Tiada teman rapat ku di Shah Alam. Hanya yang ada rakan dakwah dan seusrah. Saudara se-agama, se-mabda. Dia pura-pura tidak tahu atau seikhlasnya tidak menyangka Aku hanya berhelah untuk berpacaran bersamanya malam ini. Biar lah. Yang Penting Aku dapat bersama Dia malam satu ramadhan ini.

Aku: “Awak tak nak pakai tudung dulu ke?”. Aku kehairanan sebenarnya.

Dia: “ Saya dah biasa macam ni”. Ya, dia nampak selesa keluar rumah tanpa tudung dikepala.

Aku (dalam hati) : “O, Dia hanya bertudung untuk ke pejabat”

Dia langsung duduk di sebelah ku, diatas “seat” empuk Volvo 244 GL. Aku seperti tidak percaya Volvo buruk ku ini menjadi alat pengangkutan istimewa dua insan berlainan jantina.

Aku: “terima kasih kerana sudi naik kereta lama ni” . aku cuba memancing perhatian nya.

Dia: “Saya tak kisah”. Aku tersenyum bangga. Pandai Dia mengambil hati ku ini.

Aku: ‘Ratna, janganla panggil saya encik, boleh panggil ‘abang; atau sharul jer dah la”. Aku merayu kepada Dia

Dia: “susahlah cik dah biasa. Saya cuba panggil nama cik, sharul kay.”

Aku: “kat mana kita nak makan ni, esok 1 ramadhan. Ratna tak buat tarawih ke malam ni”. Sudah gaharu cendana pula. Kalau Dia pergi tarawih aku nak pacaran dengan siapa malam 1 ramadhan ni.

Dia: “belum lagi kut, nantilah baru awal ramadhan” “kita makan kat kedai mamak, nanti saya tunjukkan tempatnya”. “ Lepas makan saya boleh saya bawa cik ronda-ronda bandaraya anggerik ni”

Maafkan Aku teman-teman kerana dialog yang berikutnya tidak bisa ku papar di laman ini , biarlah menjadi kenangan ku yang abadi. Sesungguhnya setiap detik bersama Dia di malam 1 Ramadhan 2002 amat luar biasa bagi ku. Aku tidak tabah untuk mengingati setiap saat bersama Dia dan aku tidak tabah untuk menulis setiap tutur kata Dia yang akan membuatkan hati jantan ku ini mahu menangis. Maafkan ku wahai teman.

Dia cantik bila bertudung. Tuhan Maha Bijaksana. Dia lebih cantik jika tidak bertudung pada malam 1 ramdahan itu. Tapi Dia berdosa. Aku juga. Sewajarnya tuhan mewajibkan wanita berjilbab. Kerana mahu melindungi permata yang amat berharga. Mungkin juga rezeki mata aku malam ini dapat menjamah perhiasaan dunia, wanita tanpa jilbab. Maha Suci Allah dan Alhamdulillah. Ahh, lantaklah lepas ni aku ajar Dia bertaubat. Aku juga akan bertaubat. Lepas ni tu bila? Bila? Bila Dia jadi bini Aku la. Aku cuba menjustifikasi kepada rasa bersalah yang penuh nikmat ini.

Ahh, Lantak lah, asalkan Dia cantik. Tidak menutup aurat? Biasa. Bisa aja. Tapi? Tapi apa lagi? Mampus aku jika kantoi dengan ahli halaqah usrah Islami yang aku sertai sejak di pusat asasi universiti? Rasanya ahli usrah sibuk dengan tarawih malam pertama ramadhan 2002, aku cuba menyedapkan hati sendiri. Lantak lah, nanti bila dah jadi bini, aku tarbiah Dia agar pakai jilbab. Ikuti pengajian usrah dan halaqah. Boleh ke? Susah! Matlamat tidak menghalalkan cara syeikh. Ish! Boleh tak aku jadi setan sekejap? Ya, boleh. Silakan setan.

Dua hari sebelum itu, Dia memberitahu, “boyfriend saya sebaya dengan encik, Kami sekuliah”. Huh, ada peluang Aku rampas Dia dari Lelakinya. Dia berusia 23 tahun. Aku berusia 27 tahun. Lelakinya juga berusia 27 tahun. Ah, cemburunya Aku kepada Lelakinya. Kenapa kau wahai jantan yang jumpa Dia dahulu sebelum aku!

Malam 1 ramadhan, di restoran Mamak Seksyen 7 Shah Alam, mata aku lunak menjamah kecantikan Dia. Lelaki-lelaki di meja sebelah memandang Aku dan Dia serta pertanyaan, “Awek mamat tu cun, siut.” Tapi?Mamat tu?. Mamat tu pakai Volvo 244 GL. Malam 1 Ramadhan 2002, aku rasa bahagia dan terasa ingin terbang seperti unggas di rimba.

Dia bertubuh tinggi persis ratu peragawati. Aku, tinggi sedikit dari askar jepun zaman perang dunia. Aku hanya separas telinga Dia. Perut ku sedikit memboroi, rambut ku sedikit kerinting bila panjang. Tapi aku sentiasa berambut pendek. Kulit ku cerah juga, hidung ku juga mancung sederhana. Tapi Dia dah ada Lelakinya.

Malam 1 Ramadhan 2002, volvo ku menjalar megah di bandaraya anggerik berteman kan Dia. Setiap pelusuk jalan di sekyen 7 dan seksyen 6 ku tempuhi dengan Dia dan volvo 244 GL. Akan adakah lagi pertemuan selepas ini...?

Bersambung....

No comments:

Post a Comment